Penyanyi Zizi Kirana berkongsi detik cemas apabila berdepan dengan dua insiden pengeboman ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah Azaz, Syria pada akhir Mac lalu. Kata Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil, 39, sebelum insiden yang meragut lapan nyawa dan 40 cedera parah itu berlaku, Zizi bersama empat individu lain dibawa ke pangkalan tentera Syria oleh askar tempatan dan Turkiye untuk disiasat. Jelasnya, ketika berada di pangkalan dia terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum kesemuanya dibawa ke bilik bawah tanah oleh tentera. “Sebelum kejadian saya merakam video sekitar kawasan pasar yang ada di Azaz kerana itu satu-satunya pasar yang ada di wilayah terbabit. Kemudian ada tentera Syria mendatangi kami dan meminta agar memadam semua video yang telah diambil. “Setelah berpuas hati video tersebut dipadamkan kami dilepaskan. Kami meneruskan usaha untuk membeli beberapa makanan untuk agihan bantuan seterusnya,” katanya ketika ditemui pada konsert minggu kedua The Hardest Singing Show semalam.
Jelas Zizi, kejadian mendebarkan itu berlaku pada malam hari pertama dia tiba di Syria bersama seorang rakan, dua kakitangan pertubuhan Cinta Syria Malaysia dan seorang juruvideo. Katanya, mereka ke lokasi terbabit kerana ingin mendapatkan bekalan makanan setelah selesai mengadakan misi bantuan pada sebelah siang. Mengulas lanjut, insiden tersebut turut mencetuskan ketakutan kepada keluarga terutama suaminya, aktor Yusuf Bahrin yang ketika itu berada di Mekah. “Ketika kejadian saya sempat memaklumkan kepada suami dan meminta maaf supaya dihalalkan makan dan minum. Sekiranya saya syahid pada waktu itu, tolong maafkan salah silap saya. “Perasaan saya pada waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu apabila bunyi letupan tersebut kedengaran sangat kuat dan gegaran itu boleh terasa hingga ke jantung.
|
Perawankota replied at 21-5-2024 01:40 AM
Kt hardest singing show tu asiklah juri puji performance dia bagus, tapi aku tgk dia mcm slow jer mc ...
TerataiMelur02 replied at 21-5-2024 02:12 AM
Aik..dah join program nyanyian pulak?
Dia ke eh suatu ketika dulu nak nyanyi hanya depan wanita sa ...
Manusiabesa replied at 21-5-2024 07:41 AM
Pempuan akhir zmn byk jahil.
Nk dpt pahala syahid dduk dlm rumah hidang mknn kt suami, masak juadah ...
Manusiabesa replied at 21-5-2024 07:41 AM
Pempuan akhir zmn byk jahil.
Nk dpt pahala syahid dduk dlm rumah hidang mknn kt suami, masak juadah ...
amyza replied at 21-5-2024 07:12 AM
Bukan dia tak habiskan scene berlakon sebab pakai purdah ke? Nasib tak kena saman dgn A.Aida
ADVERTISEMENT