JAKARTA – Seorang wanita berusia 22 tahun nekad menyamar sebagai lelaki semata-mata untuk bekerja sebagai buruh, lapor akhbar Tribunnews semalam. Sopyah Supriatin yang berasal dari Indramayu, Jawa Barat, menyamar menjadi lelaki dan memotong pendek rambutnya demi menyara kehidupan bersama adiknya. Difahamkan Sopyah dan adiknya, Samsul Ramadan (15) tinggal berdua selepas ibu mereka meninggal dunia, manakala si ayah bekerja di perantauan. “Wang daripada ayah belum cukup untuk memenuhi keperluan seharian kami. Saya dan Samsul sampai rela berhenti sekolah atas faktor kewangan,” kata Sopyah. Lebih menyayat hati, Sopyah mengaku bahawa mereka kerap menerima bantuan makanan daripada jiran tetangga. “Saya melakukan kerja seperti mengangkat simen, membancuh simen dan lain-lain. Jika bekerja, saya dapat upah sebanyak 120 ribu rupiah (RM35.17) dalam satu hari,” katanya.
“Kadang kala kami pernah tidak makan selama dua hari, kadang pernah tiga hari,” ujar wanita itu. Bagaimanapun, dia nekad untuk tidak membebani sesiapa dan mencari wang perbelanjaan sendiri. – AGENSI |
amyza replied at 21-5-2024 07:29 AM
Kat sana kalau miskin memang kedana betul, kalau yg kaya melimpah harta. Rajin dia usaha, tak duduk ...
imanamsyar replied at 21-5-2024 08:06 AM
kenapa bocor rahsia..karang dorang dah tau adik ni gigirl, bahaya..
tabik semangat dia tak mengemis ...
babynina30 replied at 21-5-2024 07:43 AM
Bagus Sopyah. Sekurang2nya dia menyamar jantina lain, bkn untuk menikoh mcm kes 1lg td . Tp kalau wa ...
Difahamkan Sopyah dan adiknya, Samsul Ramadan (15) tinggal berdua selepas ibu mereka meninggal dunia, manakala si ayah bekerja di perantauan.
Suchi replied at 20-5-2024 04:33 PM
Kesian semoga tidak diambil kesempatan lelaki durjana
B40tastePosh replied at 21-5-2024 05:56 AM
Mesti dia takut kena cabul, so potong pendek rambut tu kan.
Bila media dah hebohkan mesti dia jad ...
ADVERTISEMENT