CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Cari Ketenangan di Pulau Kapas

16-12-2015 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11095| Komen: 14

Description: Keindahan dan kedamaian yang terdapat di Pulau Kapas amat sesuai dijadikan destinasi percutian bersama keluarga tersayang. ..

Oleh : Dean BZ


Keindahan dan kedamaian yang terdapat di Pulau Kapas amat sesuai dijadikan destinasi percutian bersama keluarga tersayang. Nama pulau ini mungkin asing bagi pengunjung dari luar negeri Terengganu kerana pulau ini tidaklah popular seperti Pulau Redang mahupun Pulau Perhentian. Namun, pulau ini memiliki keindahan tersendiri yang mungkin ramai masih belum tahu.


Pulau Kapas terletak di daerah Marang, Kuala Terengganu. Jarak perjalanan ke Pulau Kapas dari Jeti Marang hanya 6 km. Perjalanan menaiki bot ekspress memakan masa selama 20 minit sahaja. Disini terdapat pelbagai jenis chalet disediakan dan harga juga berpatutan.

Apa yang menarik tentang pulau ini, pengunjung pasti teruja menikmati panorama yang amat mengasyikkan. Kejernihan air dan pantai yang bersih, ditambah pula dengan hidupan batu karang yang terpelihara pastinya menjanjikan satu kepuasan buat pengunjung.

Disamping dapat mandi manda, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkling, scuba diving dan juga aktiviti berkayak. 


Jom kita lihat gambar-gambar menarik di sekitar Pulau Kapas :

Foto : jonesaroundtheworld.com

Foto : travel2malaysia.com.my

Foto : mdmarang.gov.my


Foto : chaletandresortpulaukapas.blogspot.com


Foto : chaletandresortpulaukapas.blogspot.com


Foto : photos.travelblog.org


Foto : guidegecko.com

Foto : tourism.gov.my



Pendek kata, pengunjung tidak akan menyesal berkunjung ke pulau ini. Jom boh, ke Ganu kite. - CARI Infonet.

33

Bagus
25

Marah
34

Terkejut
19

Sedih
45

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (183 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ms.mango 16-12-2015 04:41 PM
saya pernah pegi tapi masa tu pulau kapas xramai yg tau lagi.. memang best
Quote Ferr_Remy 16-12-2015 04:52 PM
Aq pnh pg Lima taun yg lalu, mmg cantik. Personally lagi cantik dari Redang. Very underrated
Quote chinta89 16-12-2015 05:05 PM
2 tahun lepas penah ke sana.. best!
Quote kanaganpilley 16-12-2015 06:23 PM
mau pigi bila kawin nati sama melayu
Quote qronaldo7 18-12-2015 12:12 PM
Ferr_Remy replied at 16-12-2015 04:52 PM
Aq pnh pg Lima taun yg lalu, mmg cantik. Personally lagi cantik dari Redang. Very underrated

biar betiq?? lagi cun dr redang ke?
Quote qronaldo7 18-12-2015 12:13 PM
chacon replied at 16-12-2015 06:06 PM
kenapa nama dia pulau kapas. cuba cerita

cerita org sbb klu dr atas pasir putih tu nampak macam kapas.

so nmpk mcm pulau ni atas kapas gitu
Quote Ferr_Remy 18-12-2015 01:18 PM
qronaldo7 replied at 18-12-2015 12:12 PM
biar betiq?? lagi cun dr redang ke?

Pada pandangan aq la..org lain x tau.. Mmg betul pasir die slembut kapas, laut die mmg hijau...  Lagipun x sesak mcm Redang... Tp tu dlu la lima taun lalu... Waktu tu mmg pulau ni x popular, cam pulau private je. Skrg x tau la
Quote qronaldo7 18-12-2015 09:03 PM
chacon replied at 18-12-2015 06:22 PM
mudahnya dapat nama... pulau lain pun patut nama pulau kapas jugak la aku rasa

Hehe. Bentuk pn main peranan kot. Ce cari pic dr atas tgk cmne
Quote komorebi 20-12-2015 07:59 AM
pulau kapas jrg org sebut. jom ke sini
Quote kyani83 21-12-2015 02:08 PM
oh menarik.. redang too crowded time aku p dulu.. hari william and kate kawen tu.
Quote lurve82 21-12-2015 04:32 PM
bln 5 hr tu pegi..mmg cantik giler2...dgn ada nemo...
Quote LavaUollss 21-12-2015 06:31 PM
makan mahal tak?
Quote cikputih15 22-12-2015 11:33 PM
lom sampai lagi. redang n perhentian dah sampai
Quote UmbrellaCorps 9-4-2016 11:39 AM
Aku kenal pulau kapas dulu dari perhentian.. sebab dia agak dekat dgn pantai marang, so naik bot sekejap dah sampai.
Dulu pergi perhentian naik bot sampai 2 jam.. sampai termuntah2 atas bot ..
Btw, pulau2 kat malaysia aku rasa cukup cantik, tak perlu pergi luar negara untuk rasa air jernih pasir putih segala...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.048076 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top