CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara dijel dua bulan

20-5-2024 11:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3337| Komen: 5


KUALA LUMPUR – Tindakan dua lelaki cuba menceroboh masuk Istana Negara tiga hari lalu akhirnya mengundang padah apabila mereka masing-masing dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu ke atas Salleh Udoh, 37, dan Abdul Malek Az Zukhruf Fiee, 29, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 17 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama sama cuba melakukan pencerobohan jenayah dengan cuba memasuki Istana Negara Jalan Sri Hartamas 1.

Kesalahan itu dilakukan di Pintu 3 Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas pukul 4.40 petang pada 17 Mei lalu yang didakwa mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, R Harvind memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran kepada kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kes pencerobohan yang berlaku.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga serta tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Salleh berdepan dengan satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki senjata iaitu parang panjang berkenaan tanpa kebenaran yang sah pada lokasi, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan Salleh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai serta menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan kes.

Di Mahkamah Sesyen itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ngoh Jess Lynn manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 18 Mei lalu, Kosmo! melaporkan seorang penghantar makanan dan buruh binaan ditahan bersama sebilah parang ketika cubaan menceroboh masuk Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan mendapati kedua-duanya mendakwa ingin berjumpa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kita menjumpai sebilah parang dalam kereta yang dinaiki suspek sebelum bertindak menahan dua lelaki terbabit,” kata kenyataan polis. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 21-5-2024 06:59 AM
Inilah zaman Madani.... Marhein miskin begitu mudah dan cepatnya dihukum penjara.

Sedangkan Cina kaya yg jual stoking tulis nama Allah  ditatang bagai minyak yang penuh oleh PMX dan rejim Madani Khawarij Al Maksiati
Quote otai_g 21-5-2024 07:58 AM
Ini namanya x de kerja Cr kerja. Yg ko pergi ceroboh istana negara tu apa jadah hanat. Ko ingt kalo lps gate kat luar tu, kat dlm ada gate lg. Mmg x kan lps. Umpama bunuh diri sendiri je ko ceroboh istana ni
Quote Perwira2022 21-5-2024 08:14 AM
otai_g replied at 21-5-2024 07:58 AM
Ini namanya x de kerja Cr kerja. Yg ko pergi ceroboh istana negara tu apa jadah hanat. Ko ingt kalo  ...


Dorang tak ceroboh pun. Dorang pergi pintu pagar, polis tahan tanya nak apa.. Dorang kata nak jumpa YDPA. So tang mana ceroboh dan salahnya? Kalau tak nak bagi kebenaran masuk, suruh patah balik ajelah. Apahal pulak nak create false accusation kata dorang menceroboh?

Yg kes parang tu pun, normal je kadang2 dalam kereta ada senjata. Tak semestinya sebab nak buat jenayah. Kadang2 tu nak buat kerja menebas,  berkebun, camping dan sebagainya. Ikut undang2 memanglah salah bawa senjata tajam di tempat awam. Beli pisau dari kedai barang dapur pun kalau tetiba kena tahan roadblock, memang bawa pisau tu salah. Tapi di sinilah budi bicara dan disiasatan diperlukan. Bukan terus dakwa & dihukum secara skema.
Quote s@s@ 21-5-2024 08:58 AM
Perwira2022 replied at 21-5-2024 08:14 AM
Dorang tak ceroboh pun. Dorang pergi pintu pagar, polis tahan tanya nak apa.. Dorang kata nak jump ...

aku pun terpikir macam tu.
bukannya dia panjat pagar masuk pun.

Quote otai_g 21-5-2024 09:21 AM
Perwira2022 replied at 21-5-2024 08:14 AM
Dorang tak ceroboh pun. Dorang pergi pintu pagar, polis tahan tanya nak apa.. Dorang kata nak jump ...

Kalo mcm tu ni Kes Naya mat. X psl brother 2 org ni dpt musibah. Dan doa org teranianya tiada hijab

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.106262 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top