CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Lelaki Kematian Isteri Jatuh Cinta Dengan Ibu Mentua, Menikah Dengan Restu Bapa Mentua

20-5-2024 11:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5306| Komen: 26


Pelik tapi benar, seorang lelaki di India jatuh cinta dan akhirnya menikahi ibu mentuanya dengan restu bapa mentua.

Menurut Oddity Central, bapa kepada dua anak itu berpindah ke rumah mentuanya di Kampung Heer Moti, Bihar selepas isterinya meninggal dunia.

Lama-kelamaan, lelaki itu, 45, dan ibu mentuanya, 55, menjalinkan hubungan sulit di belakang pengetahuan bapa mentua lelaki tersebut.

Bagaimanapun, rahsia mereka tidak bertahan lama apabila khabar angin tentang hubungan terlarang mereka mula menjadi buah mulut orang kampung.

Hal ini sampai ke pengetahuan bapa mentua lelaki tersebut yang kemudiannya mula curiga akan mereka. Kecurigaan bapa mentuannya terjawab apabila pasangan kekasih itu 'ditangkap' berpelukan.

Berang dengan apa yang dilihat, bapa mentuanya segera melaporkan perkara tersebut kepada majlis jawatankuasa kampung untuk mencari penyelesaian.


Selepas mendengar cerita daripada bapa mentuanya, majlis jawatankuasa kampung memanggil pula lelaki kematian isteri itu untuk mendengar penjelasannya.

Mengejutkan semua orang, lelaki itu secara terbuka mengakui hubungan sulit tersebut, menyatakan bahawa dia telah jatuh cinta kepada ibu mentuanya.

Begitupun, ibu mentua lelaki tersebut juga mengakui perasaannya terhadap menantunya.

Akhirnya, bapa mentua lelaki itu bersetuju untuk merasmikan hubungan mereka dengan melangsungkan perkahwinan.

Sumber: Oddity Central/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 20-5-2024 11:50 PM
Lalu bapa mentua pun dapat isteri baru yang lebih muda dan bergetah. All lived happily ever after.
Quote BoongaKertas 21-5-2024 09:28 AM
terfaktab sgt selera ko ni mat?
Quote malarky 21-5-2024 09:47 AM
Decaffeinated replied at 20-5-2024 11:50 PM
Lalu bapa mentua pun dapat isteri baru yang lebih muda dan bergetah. All lived happily ever after.

kan... sebenarnya perkara ini mmg dirancang oleh bapa mertuanya (dibaca dengan niat melawak)
Quote kotakbaju 21-5-2024 09:47 AM
Adakah ibu mentuanya persis Maria Farida
Quote pokokmeranti 21-5-2024 09:48 AM
ini keluarga 69 atau keluarga threesome?
Quote airfilterkotor 21-5-2024 10:47 AM
Mentua umor 55, barangkali level gilf versi bergetah. Ada jer oang pompoan pesen gini berusia tak nampak tua.

Tapi sebab kes ini berlaku di India, maka aku bersyak wasangka mentua tu sama fizikal macam acik² pelakon tambahan dlm filem tamil.
Quote edayildiz 21-5-2024 10:51 AM
mcm xde perempuan muda lain kt india tu
ok oak mentua jgk bijak..blh cari awek muda
Quote areyam 21-5-2024 12:30 PM
edayildiz replied at 21-5-2024 10:51 AM
mcm xde perempuan muda lain kt india tu
ok oak mentua jgk bijak..blh cari awek muda

mak dia iras2 bekas isteri kut... mmg susah nk cari ganti.... mak plak pandai goda... mmg layan
Quote Paiya 21-5-2024 12:47 PM
tergamak sungguh mak mertua tu
Quote Samerosie 21-5-2024 12:58 PM
Aiyoh ingatkan MIL rupa cam Karisma Kapoor ke sekali cam acik estet

https://x.com/i/status/1784486841993003329
Quote sharlenetexas 21-5-2024 01:01 PM
Bila bapak nk kawin baru?


Quote Cyempaka 21-5-2024 01:08 PM
haruslah pak mentua restu
ambik la kau si tua kutuk ni katanya buleh aku menikah baru
Quote plywood 21-5-2024 01:11 PM
dipersilakan semua untuk menonton keindahan wayang hindi...
[youtube]F_w65n3lWYw[/youtube]

Quote plywood 21-5-2024 01:13 PM
Edited by plywood at 21-5-2024 01:15 PM



Suraj (R) married his mother-in-law Asha Devi in a panchayat-approved ceremony in Bihar’s Madhepura district.(AN Jha/HT Photo)
Quote I.K.A888990 21-5-2024 01:51 PM
oh ibu mentuaku kaulah kekasihku gitu
tapi awat mcm stress je tgk gambar dua2
mcm dipaksa pulak kekdahnya
Quote cantthinkofany 21-5-2024 02:04 PM
kan dah kata.... one of the many ways to make man happy is through his stomach....mesti pandai masak....
Quote supernaturalee 21-5-2024 02:13 PM
Samerosie replied at 21-5-2024 12:58 PM
Aiyoh ingatkan MIL rupa cam Karisma Kapoor ke sekali cam acik estet

https://x.com/i/status/1784486 ...

holloh kasaqnya ditarik2 gitu je utk bg letak pottu
ape majlis kawen nye mcm tgk freak show je org2 situ, kecik besar tua muda

but seriously mak tuanya
sape selera sape ni
mungkin benar cinta itu buta

atau benarkah cinta itu buta???
butakah mataku?...


Quote sukacactus 21-5-2024 02:16 PM
Aku suspek, MIL laki ni masak sedap
Quote SalenaGomez 21-5-2024 02:21 PM
Beza umur menantu dgn mil 10 tahun je. Xde la pelik sgt kalau terjebak bercinta. Cuma, pelik lepas wife nya  meninggal, baru nak pindah duduk pulak dgn fam in law. Arwah bini nya kawen lelaki tua la juga ya. Mcm besar gap umur

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.063436 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top