PETALING JAYA – Program realiti, Hero Teladan yang menempatkan peserta lelaki dan wanitanya dalam satu rumah telah dihentikan penerbitannya serta merta. Penganjur program tersebut, Isa Isarb yang juga pempengaruh media sosial menjelaskan, pihaknya juga tidak akan lepas tangan mengenai kebajikan atau usaha yang sudah diberikan oleh setiap peserta dalam program itu. “Dukacita dimaklumkan bahawa program ini terpaksa dihentikan serta-merta. Ini adalah kerana program ini mendapat tentangan keras daripada majoriti penonton selepas isu konsep program yang meletakkan peserta lelaki dan perempuan di bawah bumbung yang sama. “Namun, kami sebagai pihak penganjur tidak akan lepas tangan mengenai kebajikan atau usaha yang telah diberikan oleh setiap peserta dalam program ini. Pihak penganjur akan menanggung rugi bersendirian tanpa membabitkan peserta,” katanya melalui notis yang dipaparkan di akaun TikTok miliknya.
Tambah Isa, pihaknya juga tetap membuat bayaran hadiah dan elaun kepada setiap peserta mengikut kadar 46 hari program berlangsung. “Oleh itu, kami membuat keputusan untuk tetap membuat bayaran hadiah dan elaun kepada setiap peserta mengikut kadar 46 hari program berlangsung. “Kami menyediakan dua cara pembahagian hadiah. Anda perlu memilih kaedah yang anda suka. Sila pilih secara sebulat suara. “Risiko program ini diteruskan adalah kemungkinan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri, di mana anda dan pihak penganjur berpeluang disabitkan dengan undang-undang syariah Enakmen 11 Tahun 1965, Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1965, Bahagian IX, Seksyen 154,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
airfilterkotor replied at 19-5-2024 07:16 PM
Influenza mana lak ni...
mojarean_X replied at 19-5-2024 11:21 AM
Dorang ni disponsor pihak2 yg berniat jahat ke? Iols perasan inflencer2 muda melayu semua mewah2 dan ...
Skuau replied at 19-5-2024 07:21 PM
Sian bebudak lelaki...pepagi kadang terpacak..tanpa mereka sedar...malu wey..ngan bebudak pompuan. ...
airfilterkotor replied at 19-5-2024 07:16 PM
Influenza mana lak ni...
jfq replied at 19-5-2024 08:13 PM
Geli pulak tgk pakai pyjama sambil gelek2 camtu