JAKARTA – Seorang wanita mengamuk dan menampar seorang anggota polis selepas tidak berpuas hati diberikan surat amaran, lapor laman berita Okezone semalam. Kejadian berlaku di Ujung Tanah, Makassar, dalam wilayah Sulawesi Selatan kelmarin. Mangsa yang bernama Aipda Edwin, difahamkan sedang bertugas bersama pegawai yang lain sebelum menyerahkan surat amaran kepada wanita berkenaan. Lebih mengejutkan adalah apabila surat amaran itu merupakan kali kedua yang diterima oleh wanita berkenaan. Disebabkan berang, wanita itu mencakar di bahagian leher, menampar dan menumbuk perut polis tersebut. Dia bagaimanapun telah ditahan untuk disoal siasat. “Wanita tersebut dengan spontan memarahi pegawai polis itu dan melakukan kekerasan ringan,” kata seorang pegawai. Rakaman yang memaparkan perbuatan wanita itu menjadi tular di media sosial dan meraih banyak tontonan. – AGENSI
|
sayurmayur88 replied at 20-5-2024 07:44 AM
berita indon yg bukan crita retis pon masuk cari forum? asal ada ehhh
ADVERTISEMENT