CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak bongsu PMX, Nurul Hana memakai keffiyeh tanda solidariti Palestin ketika graduasi di New York

19-5-2024 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13765| Komen: 38



PETALING JAYA – Sebagai tanda solidariti buat Palestin, anak bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Hana memakai keffiyeh ketika majlis graduasinya di New York University (NYU), Amerika Syarikat semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman Facebook Perdana Menteri, kelihatan Nurul Hana memakai keffiyeh bersama ‘topi mortarboard’ ketika menaiki pentas graduasi.

Pada masa sama, kelihatan anak bongsu Perdana Menteri itu membawa bersama kain rentang yang tertulis ‘Free Palestine’.

Aksi Nurul Hana itu juga turut mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir pada majlis graduasi berkenaan.

Dalam hantaran sama, Anwar turut mengucapkan tahniah buat anak bongsunya itu.


“Sekalung tahniah buat anak bongsu saya Nurul Hana yang bergraduasi dari New York University (NYU).

“Hana juga nyatakan solidariti bersama rakyat Palestin,”tulis Anwar. 

Sumber : Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 19-5-2024 07:29 PM
Hebatnya hana
Quote dua_chzy 19-5-2024 07:33 PM
Edited by dua_chzy at 19-5-2024 11:36 AM

Mmmkay.

Apa boleh buat. Negara yang kau kutuk kau benci sebab pro Israel juga jadik tempat umat negara kau berebut2 nak masuk untuk blaja.

OT: Fazura pujaan acik porum dah buang ke koleksi LV, Dior, La Mer, Iphone Ipad dan pelbagai lagik produk pro Israeli tuw?
Quote dua_chzy 19-5-2024 07:34 PM
Is this hipokrasi gais? Or just for survival?
Quote wirazam 19-5-2024 07:37 PM
Hana ni yg muka mcm wan azizah kan
Quote brownstone 19-5-2024 08:34 PM
Orang kalau cintakan Palestin dia belajar sains utk bangunkan senjata khusus buat Paelstin defend tanah air mereka... bukan bertempik minta derma, bawa placard, boikot, baca doa bagai macam Yahood tu takot sangat je dengan tindakan kau tu...benda yg sama ibu bapa ko buat 30 tahun, 20 tahun, 10 tahun dulu dan benda yg sama juga ko & anak cucu akan buat 10 tahun, 20 tahun akan datang sebab kau bodoh. Yahudi lagi kuat & bijak... tetap akan membunuh orang palestin sampai pupus...kau rasa apa yg kau buat tu (kumpul derma, boikot, anjur demo, baca doa) betul dan sudah cukup utk lawan Yahudi....
Quote sharlenetexas 19-5-2024 08:45 PM
Kadang2 rasa nk tergelak tgk fashion sense sheols. Takpelah muda lagi boleh eksperimen macam2.


Quote Orix 19-5-2024 10:06 PM
sharlenetexas replied at 19-5-2024 08:45 PM
Kadang2 rasa nk tergelak tgk fashion sense sheols. Takpelah muda lagi boleh eksperimen macam2.

Khuensttt
Quote nsmy 19-5-2024 10:35 PM
brownstone replied at 19-5-2024 08:34 PM
Orang kalau cintakan Palestin dia belajar sains utk bangunkan senjata khusus buat Paelstin defend ta ...

Setuju!!!
Quote kechikchomel 19-5-2024 10:48 PM
brownstone replied at 19-5-2024 08:34 PM
Orang kalau cintakan Palestin dia belajar sains utk bangunkan senjata khusus buat Paelstin defend ta ...

Anak dia ambil course apa?
Quote Decaffeinated 19-5-2024 11:05 PM
New York negeri liberal demokrat.
Quote sharlenetexas 19-5-2024 11:26 PM
Edited by sharlenetexas at 19-5-2024 11:31 PM
kechikchomel replied at 19-5-2024 10:48 PM
Anak dia ambil course apa?


Semestinya bukan tvet, bukan sains dan teknologi.




Quote MissYouSayang 20-5-2024 12:48 AM
Itu je ke?..Mcm gampeng jah..
Quote prince_marhaen 20-5-2024 09:44 AM
ni yang asyik2 posting cerita anak yang terpaling meranaaaa khensss zaman2 reformasi....hujung2 duduk atas dulang mas jugak ye...dpt gi obersi bagai, kat negara sekutu yahudi...acah2 la rentang kain, uni takleh amik action sebab anak somebody....takde la pejuang sangat pun.. hihihi
Quote Incanto 20-5-2024 10:24 AM
ramai je graduan universiti di US yg pakai keffiyeh, peganag bendera Palestin masa ambil scroll, termasuk yg bukan Islam

aku nak gelak bila ada geng upload video budak ni dgn caption ‘ Seberani Papa dia’
Quote bottombikini 20-5-2024 12:00 PM
so.. kite nak kena buat ape?
Quote matseh 20-5-2024 12:07 PM
Congrats.
NYU salah satu Uni yg mahal di US dan kos hidup juga sangat tinggi.
90kUSD utk satu Degree termasuk living kos sama dgn 400kRM.
Quote Tinot7 20-5-2024 12:10 PM
wirazam replied at 19-5-2024 07:37 PM
Hana ni yg muka mcm wan azizah kan

Bkn ka semua ikut rupa maknya?
Quote apech 20-5-2024 02:44 PM
dua_chzy replied at 19-5-2024 07:33 PM
Mmmkay.

Apa boleh buat. Negara yang kau kutuk kau benci sebab pro Israel juga jadik tempat umat neg ...

apa sumbangan kau?
Quote cantthinkofany 20-5-2024 03:11 PM
dua_chzy replied at 19-5-2024 07:34 PM
Is this hipokrasi gais? Or just for survival?

hipokrasi diguised as the need for survival....

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.210084 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top