PUTRAJAYA: Pihak pembelaan dua bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mencadangkan hukuman penjara 18 tahun dikurangkan kepada 12 tahun kerana menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut universiti sama, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tanpa niat. Bekas penuntut UPNM itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi. Peguam bela Muhammad Akmal dan Muhammad Azamuddin, Amer Hamzah Arshad, berkata cadangan itu dikemukakan jika kedua-dua anak guamnya itu kekal disabitkan kesalahan atas pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (KK). "Jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa anak guam bersalah di bawah seksyen itu, hukuman penjara patut dikurangkan kepada 12 tahun dan bukannya 18 tahun. "Saya lihat ada kes lain (di bawah seksyen sama) di mana pelaku dikenakan hukuman penjara yang lagi kurang (dari 18 tahun).
"Tolong beri anak muda terbabit peluang kedua kerana kes ini bukan di bawah Seksyen 302 KK (kerana membunuh). Betul anak guam ada membuat kesilapan tetapi mereka layak mendapat peluang kedua," katanya. Beliau berhujah di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, hari ini. Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Muhammad Akmal dan Muhammad Azamuddin bersama empat lagi penuntut UPNM kerana bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian Zulfarhan mengikut Seksyen 304(a) KK. Empat penuntut itu ialah Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali. Sebelum ini, Muhammad Akmal; Muhammad Azamuddin; Muhammad Najib; Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin; menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Abdoul Hakeem pula didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 KK yang membawa hukuman sama. Mahkamah Tinggi juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh terbabit kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakan mereka selepas didapati bersalah atas pertuduhan mencederakan Zulfarhan. Mohamad Shobirin sebelum ini didakwa atas kesalahan mencederakan, tetapi dilepaskan daripada pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan. Rakan penuntut itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail; Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain; Ahmad Shafwan Berdal; Muhammad Amirul Asraff Mala; Luqman Hakim Shamsuri Agus; Muhammad Sufi Mohd Mustapha; Noriznan Izzairi Noor Azhar; Muhamad Ashraf Abdullah; Muhammad Danial Firdaus Azmir; Muhammad Hasif Ismail; Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa. Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba. Semua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik blok penginapan asrama Jebat, UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017. Zulfarhan meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Serdang pada 1 Jun tahun sama. Amer Hamzah berkata, hakikatnya bahawa kedua-dua anak guamnya itu membantu mendapatkan rawatan, ubat dan makanan untuk Zulfarhan susulan kejadian. "Pihak pendakwaan mungkin berhujah bahawa kelakuan sedemikian menunjukkan anak guam tahu mereka melakukan kesalahan. "Hujahan itu sendiri gagal membuktikan tertuduh ada niat membunuh dengan menyebabkan kematian mangsa, malah perlakuan anak guam selepas kejadian menunjukkan sebaliknya," katanya. Keputusan rayuan enam bekas penuntut UPNM terhadap sabitan dan penjara 18 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian Zulfarhan akan diketahui pada 23 Julai ini. Pada tarikh sama, Mahkamah Rayuan akan memutuskan nasib 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang merayu atas sabitan dan penjara tiga tahun kerana mencederakan pegawai kadet laut terbabit. Sumber : Berita Harian |
rbmy: ermmmm takpa nanti siapa2 bole ...
alieyrina replied at 16-5-2024 08:31 PM
Tu gambar terkini ka lama. Selama ni depa duk kat mana tgk pakai baju raya ja p mahkamah
pembacagosip replied at 16-5-2024 04:18 PM
kesian
dulu aku berkuntum kat forum sbb kes ni
tanpa niat???
archerfahid replied at 16-5-2024 08:37 PM
Nie 12 tertuduh yang blom menjalani hukuman penjara 3 tahun kerana mencederakan arwah ( telah di s ...
ADVERTISEMENT