PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau memberi ‘tumpang’ akaun kepada individu lain walaupun dengan isteri sendiri. Ini kerana, tindakan itu akan menyebabkan akaun dibekukan atau mungkin juga akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah. Menjelaskan perkara itu, perundingan kewangan dan pemasaran, Al Irfan Jani berkata, kebiasaan tindakan akan diambil sekiranya ia melibatkan jumlah amaun yang besar. Jelasnya, sudah ramai kenalannya dibekukan akaun kerana suka menolong kawan lain memindahkan wang menggunakan bank sendiri.
“Walau tolong transferkan melalui akaun isteri atau suami, hati-hati. Amalan ini lebih dikenali sebagai ‘tumpang akaun’, ataupun paling biasa kita dengar ‘tolong transfer’ ini adalah sangat tidak digalakkan oleh Bank Negara. “Niat dan alasan awak mungkin baik, ayah mintak tolong belikan, nak tolong adik transfer sebab tak sama bank dengan seller (penjual), kawan tiada online banking. Ini alasan semua tak boleh pakai,”tulisnya di laman Facebook. Lebih malang katanya, jika akaun sudah dibekukan ia akan mengambil masa lama untuk mendapatkannya semula. “Kalau akaun dah freeze (beku), setahun pun belum tentu dapat balik. Masa tu, kita dah tiada akaun bank, siapa yang akan tolong? Orang yang kita nak bantu sangat tu boleh ke pinjamkan akaun dia? “Jangan menyusahkan orang lain, walau pada pasangan sendiri. Minta izin tuan badan sebelum kirim amaun besar,”katanya. Sumber -KOSMO! ONLINE |
annehuda replied at 16-5-2024 04:10 AM
Bodohla bank ni. Ye paham jangan jadi keldai akaun, tapi takkanla sesama keluarga pun tak boleh nk t ...
Samerosie: Apa limit amaun? Kalau tiap2 hari 30k 50k transfer tu patut la suspicious tapi setakat nak tolong belikan adik kasut ke 500 ke 1500 sekali dua tu taka ...
Samerosie replied at 16-5-2024 07:49 AM
Apa limit amaun? Kalau tiap2 hari 30k 50k transfer tu patut la suspicious tapi setakat nak tolong be ...
Samerosie replied at 16-5-2024 07:49 AM
Apa limit amaun? Kalau tiap2 hari 30k 50k transfer tu patut la suspicious tapi setakat nak tolong be ...
venom1 replied at 16-5-2024 07:20 AM
Bila pihak berkuasa trace satu suspect akaun yang menjalankan aktiviti money laundering (AMLATFA) se ...
midori888 replied at 16-5-2024 09:28 AM
adik meols punya salary transfer dari bank overseas, bank dah pnh call dia tanya, dia pun dah perg ...
misc replied at 16-5-2024 01:13 PM
Aku agak maksud dia kita share akaun details kat dekat org. Dan org yg kita share details tu tumpang ...
syamzana replied at 16-5-2024 01:35 PM
peliknya byk kali tnya takkan tak tgk doc kerja pelbagai tu?
hsbd iols awal2 kerja dulu ada gak ca ...
Claudia_Lestat replied at 16-5-2024 02:46 PM
ada baca kat FB semalam, surirumah nak bukak acc bank tp bank x bagi sebab takde keperluan. so surir ...
monreyes replied at 16-5-2024 04:23 PM
celah bra or in between kopeks kalau besar
ADVERTISEMENT