CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Akibat salah sangka isteri saya merajuk dan 'lari' sebulan kerana dituduh curang" - Yusof Haslam

15-5-2024 07:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6616| Komen: 20


Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam memberitahu lagu Permata Untuk Isteri nyanyian kumpulan Kopratasa mempunyai makna yang cukup mendalam untuk dia dan isteri, Datin Patimah Ismail apabila berlaku satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Yusof ketika ditemui sempena majlis ulang tahun perkahwinan yang ke-41 berkata, akibat daripada khabar angin yang tidak benar mengenai dia dikatakan curang, Patimah mengambil keputusan untuk menghilangkan diri selama sebulan tanpa sebarang khabar berita.

"Akibat salah sangka isteri saya merajuk dan membawa diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah bagi mendalami ilmu agama. Ketika itu, saya dan keluarga buntu kerana tidak tahu ke mana lokasi isteri saya melarikan diri. Waktu itu, telefon bimbit pun dia tak bawa.

"Sudahlah ketika itu anak-anak masih kecil dan kami baru saja pindah ke rumah baru. Apabila terkenang segala usaha dan penat lelah membina rumah ini, saya nekad untuk mempertahankan rumah tangga ini walau apa saja dugaan yang datang.


"Lagipun saya tidak melakukan kesalahan yang besar atau benar-benar curang, sebaliknya hanya khabar angin kerana menerima banyak surat layang. Jadi sepanjang ketiadaan isteri, sayalah yang menguruskan anak-anak bersama pembantu peribadi.

"Nak dijadikan cerita satu hari ketika saya selesai solat Subuh dan duduk di balkoni rumah, saya terdengar lagu Permata Untuk Isteri dari pondok keselamatan. Tanpa saya sedar air mata saya berguguran jatuh dan lagu itu begitu menyentuh jiwa saya," katanya.

Menurut Yusof, dia bersyukur hasil bantuan bapa mentuanya dia berjaya menemui keberadaan isteri dan mengajaknya pulang ke rumah walaupun proses memujuk memakan masa bertahun.

"Pada awalnya dia masih 'keras', tapi Alhamdulillah selepas saya meyakinkan dia dengan mengatakan sekiranya saya melakukan dosa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika nak rezeki sentiasa melimpah.

"Kebetulan waktu itu filem Gerak Khas The Movie nak tayang di pawagam. Isteri saya pun terus perli dengan mengatakan biasanya filem saya selalu mendapat sambutan, jadi dia nak tengok sama ada filem ini berjaya atau tidak.

"Alhamdulillah dengan izin Allah dan saya bertegas dengan pendirian tidak melakukan hal yang tidak baik di belakangnya, filem itu sukses apabila meraih kutipan pecah panggung.

"Jujur proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak salahkan dia sebab sudah tentu dalam bidang hiburan ini kami terdedah dengan macam-macam gosip. Tambah pula saya selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghadapinya," katanya.

Dalam pada itu, Patimah berkata, sepanjang sebulan menghilangkan diri banyak pengajaran yang dipelajari.

"Ketika belajar di sekolah pondok rata-rata tenaga pengajar saya memiliki dua atau tiga isteri, sedangkan saya baru saja dengar gosip terus melarikan ke hujung dunia.

"Jadi insiden itu memberi pengajaran dalam hidup saya. Alhamdulillah suami saya mempunyai kesabaran yang tinggi walaupun dia nampak agak panas baran tapi hatinya cukup lembut dan penyayang," katanya.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 15-5-2024 07:34 PM
Gosip dia dengan NA tu la eh?
Quote little_sis 15-5-2024 07:45 PM
Semoga bahagia hingga hujung nyawa..
Quote I.K.A888990 15-5-2024 08:54 PM
oh ada jgk eh
Alhamdulillah aman2 je sampai skrg
Quote Lapislazuli2912 15-5-2024 08:58 PM
telracs replied at 15-5-2024 07:34 PM
Gosip dia dengan NA tu la eh?

Sape NA chuols?
Quote jihyomelly 15-5-2024 09:00 PM
kan main tok sop dulu2 skandal dgn NA super model..sejak kes tu terus xde dgr skandal dah rasanya
Quote noor2 15-5-2024 09:06 PM
Ala...dah tua2 ni x yah ulang2 kisah lama pasal merajuk2 ni la....teruskan hidup ke depan..knp nk ungkit kisah lama muda2
Quote telracs 15-5-2024 09:15 PM
Lapislazuli2912 replied at 15-5-2024 12:58 PM
Sape NA chuols?

N***a A**z
dapat?
Quote Shayang 15-5-2024 09:16 PM
Kisah yg boleh dijadikan pengajaran
Quote telracs 15-5-2024 09:18 PM
Lapislazuli2912 replied at 15-5-2024 12:58 PM
Sape NA chuols?

Alaaa.... Ada je kat google ..

Quote sleepandream 15-5-2024 09:29 PM
maybe balasan nya bukan dekat kutipan gerak khas the movie... tapi dekat solsolsol
Quote Yaya04 15-5-2024 10:01 PM
Edited by Yaya04 at 20-5-2024 12:57 PM

...
Quote Carcosa 15-5-2024 11:35 PM
Iyolah Tokkk, surat layang tak benar sangattt..
Kihkihkih. Masa kan pokok, tok. Masa kan pokok.
Quote pocongkiutss 15-5-2024 11:39 PM
Ye ke salah sangka tok
Quote babynina30 15-5-2024 11:40 PM
Ni ala2 ngaku ke tepis teros ni ? Mcm tok jalal dlu sompat kawen dgn ridana ke ni ntah ?  Tp x ngaku, feeling2 clean smpai ke tuo
Quote pocongkiutss 15-5-2024 11:41 PM
jihyomelly replied at 15-5-2024 09:00 PM
kan main tok sop dulu2 skandal dgn NA super model..sejak kes tu terus xde dgr skandal dah rasanya

Maksudnya bulih le bg laki satu pluang kan kalau baru sekali..tp kalau dah 11 kali..lu pikirlah sundirikk
Quote doubleA 15-5-2024 11:50 PM
Makan hati betol datin sebulan merajuk, bertahun2 toksop memujuk. Patut sol sol keras hati ada sikit genetik maknya

Boleh dimaafkan toksop sebab first time dan dia pun pilih rumahtangga dan bini utk dipertahankan
Quote downiey 16-5-2024 05:58 AM
kelakar plak.. hehee.. btw semoga teros berbahagia tok sop
Quote pichee 16-5-2024 06:06 AM
rsenye mmg salah sangka... sbb si gadis tu just terlebih manja je.
Quote sangbara2020 16-5-2024 08:19 AM
mohtip bangkitkan kisah lama
ade nk buat movie bru ke

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.183324 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top