Memetik OhBulan, Pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari tidak bersetuju dengan tindakan Wardina itu. Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari berpendapat tindakan Wardina itu seolah mahu memecah belahkan golongan selebriti dengan wargamaya.
Sampai ke perhatian saya tentang seorang yang tidak mengenali saya secara peribadi, menyebut nama saya, isteri dan rakan artis yang tiada kaitan langsung dengan diri beliau. Mencipta kebencian, cuba memecah-belahkan kami dan warganet dengan menggunakan paksi agama serta isu Palestin yang ternyata berlarutan sejak dahulu. Tambah Awal, Wardina sepatutnya ambil maklum dengan komitmen seorang selebriti memandangkan dia juga pernah menjadi tokoh masyarakat (public figure) suatu ketika dahulu. "Apa motif beliau? Saya terkilan kerana beliau sendiri pernah bergelar artis dan pernah menjadi ambassadot kepada jenama-jenama ‘Israhell’ seperti yang ditegaskan beliau. Kenapa sekarang?" Sementara itu, menerusi hantaran lain, pelakon filem ‘Impak Maksima’ sempat menyindir Wardina yang pernah meminta orang ramai untuk tidak menanamkan kebencian terhadap individu yang sama sekali tidak ada kena-mengena dengan kehidupan mereka. Terdahulu, Wardina lantang bersuara mengenai gerakan Blockout2024 yang memboikot selebriti tempatan yang dikatakan masih lagi menjalin kerjasama bersama barangan pro Israel. Bukan itu sahaja, Wardina juga meminta wargamaya untuk memuat naik semula nama kesemua selebriti termasuklah Awal dan isterinya, Scha Alyahya. Sekadar info, gerakan Blockout2024 ini dibuat susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel. Selain Awal, antara artis tempatan yang turut disenaraikan bagi gerakan ini termasuklah Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Dahlia Rizal dan ramai lagi. Sumber: Instagram Awal Ashaari/OhBulan |
vanillaninja replied at 15-5-2024 02:26 PM
Wardina ke yang keluarkan list ni?
Masukkeluar replied at 15-5-2024 02:31 PM
Bkn..wardina buat Q&A kt ig..tnya follower dia siapa artis yg tak pernah post psl palestin..ramai ...
jambatannetizen replied at 15-5-2024 02:39 PM
Kalau aku pun mungkin merentan.
Terpaling lah puak2 mcm wardina. Ko sampai nak tanya follower mcm ...
Masukkeluar replied at 15-5-2024 02:44 PM
Mslhnya dia je over merentan. Dh mmg btul la ko xpernah post psl palestin kan? berjuta juta f ...
noiz_phayz replied at 15-5-2024 02:48 PM
Disebabkan merentan lelebih, aku dari takde rasa nak block, terus blok pakcik sorang ni. First one o ...
jambatannetizen replied at 15-5-2024 02:56 PM
Tapi wardina tetap salah tiber nak tanya soalan mengundang . Bodoh mams ke apa.
Ko nak berdakwa, ...
Masukkeluar replied at 15-5-2024 03:03 PM
Lol. Ikut suka dia laa tu ig dia..lgpn dh brp lama dh dia suka buat Q&A yg cmtu kt ig dia nas ...
jambatannetizen replied at 15-5-2024 02:39 PM
Kalau aku pun mungkin merentan.
Terpaling lah puak2 mcm wardina. Ko sampai nak tanya follower mcm ...
Thunderclouds replied at 15-5-2024 02:48 PM
Fonen versus former macik porom (eh ntah² ada lg jd sr)
ADVERTISEMENT