Gara-gara memberi nasihat mengenai gerakan #Blockout2024, pelakon dan penyanyi Naim Daniel menerima ugutan serta kata-kata kesat yang dilemparkan daripada netizen. Kecewa dengan sikap segelintir warganet, Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, berkata dia tidak pernah melupakan mengenai pergolakan yang sedang berlaku di bumi Palestin. Kata Naim, nasihatnya mengenai gerakan tersebut telah disalah erti oleh segelintir wargamaya. "Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #blockout2024 maka terangkan kepada saya apakah dihalalkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa atas nama boikot?" "Saya dididik penuh hikmah dan sopan oleh kedua orang tua saya yang juga beragama Islam. Saya tidak pernah menidakkan kesengsaraan mahupun kezaliman saudada mara sedarah seagama di Palestin sana." "Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan."
"Saya berpesan supaya tidak bersifat melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan. Saya dikatakan “terpaling”. Malah siap ada mereka mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya." Naim berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya beserta beberapa tangkapan skrin layar memaparkan kata-kata kesat yang diterima oleh netizen.
|
dua_chzy replied at 15-5-2024 05:01 PM
Student aku yang paling pemalas suka tidoq dalam kelas pun kemain berdegang2 nak perangi Yahudi la h ...
ADVERTISEMENT