CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Protes jalan berlubang, penduduk cuci pakaian guna air lopak - “Setiap hari pasti ada kemalangan di sini"

15-5-2024 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7670| Komen: 0

Description: JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Lampung Tengah, wilayah Lampung melancarkan protes membantah keadaan jalan yang teruk berlubang dengan melakukan pelbagai aktiviti di laluan tersebut, lapor laman ...

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Lampung Tengah, wilayah Lampung melancarkan protes membantah keadaan jalan yang teruk berlubang dengan melakukan pelbagai aktiviti di laluan tersebut, lapor laman berita Tribun Lampung hari ini.

Antara yang mereka lakukan adalah menanam pokok pisang di tengah jalan, berbaring dan berendam di dalam lopak air serta mencuci pakaian menggunakan air bertakung.

Menurut seorang penduduk dikenali sebagai Gunarto, semua aksi itu dilakukan untuk mendapatkan perhatian pemerintah tempatan.

“Jalan ini sudah lama rosak. Tolonglah baiki jalan ini,” katanya.

Tambah Gunarto, penduduk Poncowarno mendesak agar pihak berkuasa wilayah Lampung membaiki jalan daerah Padang Ratu hingga Kalirejo itu kerana mengundang  kemalangan pada setiap hari.

“Setiap hari pasti ada kemalangan di sini. Jalan ini penting kerana digunakan oleh penduduk untuk menghantar anak mereka ke sekolah,” ujarnya.


Kata Gunarto, keadaan lubang yang banyak di jalan itu menyukarkan pengguna terutamanya ketika musim hujan.

“Selain air bertakung, turapan jalan yang sudah lama hilang membuatkan jalan berlumpur dan licin,” jelasnya. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036472 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top