CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usah buat tuduhan melulu, Ella minta siasat dahulu sebelum boikot artis - “Kena pastikan betul-betul sebelum boikot”

14-5-2024 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15970| Komen: 28



RATU rock, Ella mengingatkan pengguna media sosial agar tidak membuat tuduhan melulu terhadap selebriti yang didakwa menyokong produk jenama berkaitan Israel.

Ella atau Nor Zila Aminuddin, 58, berkata, semakan terperinci perlu dilakukan sebelum menyenaraikan artis tempatan dalam gerakan Blockout 2024 bagi memastikan mereka benar-benar pro-Israel.

Selidik dulu sebelum jatuh hukum dengan mengatakan seseorang itu tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin.

“Kena pastikan betul-betul sebelum boikot,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui pada sidang media Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia, hari ini.

Menurut penghibur terbabit, sekiranya seseorang itu tidak banyak berkongsi mengenai situasi semasa di Gaza tidak bermakna mereka kurang prihatin.

“Kalau tak bersuara, tak bermaksud tak sokong Palestin. Misalnya konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota Edisi Utara di Pulau Pinang sebelum ini.


Kami bukan sahaja adakan satu segmen khas, bahkan kami dedikasikan keseluruhan konsert sebagai memperingati keadaan semasa di sana,” katanya.

Pada masa sama, Ella mengakui berpegang kepada prinsip dengan menolak tawaran beberapa jenama fesyen yang mempunyai kaitan dengan Israel.

“Ya, saya tolak beberapa tawaran jenama antarabangsa yang dikaitkan dengan Israel walaupun bayarannya lumayan.

Saya ambil keputusan sebegitu semua kerana prinsip saya hanya mahu pastikan produk yang saya wakili mempunyai elemen kemanusiaan.

“Saya juga akan meminta pasukan pengurusan saya meneliti dahulu sebarang tawaran sebelum menyatakan persetujuan,” ujarnya.

Gerakan Blockout 2024 bermula di pertunjukan fesyen Met Gala di New York pada 6 Mei lalu sebagai bantahan terhadap selebriti yang membisu mengenai penindasan Zionis terhadap Palestin.

Disebabkan gerakan tersebut, bintang realiti Kim Kardashian hilang tiga juta pengikut media sosialnya diikuti Blackpink, Taylor Swift dan Selena Gomez.

Tindakan boikot menerusi kaedah nyahikut dan menyekat media sosial selebriti sasaran turut menular di sini apabila lebih 20 artis dan pempengaruh media sosial tempatan disenaraikan.

Mengenai konsert pula, Ella mengakui teruja bakal merealisasikan Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di Plenary Hall, KLCC pada 9 Ogos depan.

Kongsinya hampir 30 lagu bakal diperdengarkan sepanjang dua jam persembahan mega yang menggabungkan orkestra bersama pemuzik pengiring. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cookeelaat 15-5-2024 12:30 AM
Thank you for the peringatan, acik.
Dah berbulan lah pun bagi muka bagi peluang and dah "membuat siasatan terperinci", if still terang2 bangga endorse the brands and products memang bye2 je lah- as easy as that.
Ingat tentera israel tu ada bagi muka ke kat rakyat palestin nak siasat2 terperinci bagai sebelum dibomnya hospital semua tu? Langsung takde rasa kesian and sayu ke tengk innocent kids berlumuran darah?
Quote Wenpa 15-5-2024 12:42 AM
Mak oiii baju dia astafirullah hal azim  
Quote babelina 15-5-2024 10:37 AM
setakat nie yg selalu aku tgk.. Fazura,Fattah, Ella,Laki dia & team dia, tokti..
Quote She-Ra 15-5-2024 10:46 AM
Wenpa replied at 15-5-2024 12:42 AM
Mak oiii baju dia astafirullah hal azim

tak memasal iols skrol atas tgk gamba hahaahhaa.. ni gamba tahun bila ni tuan tanah? hehee
Quote DukunSentet 15-5-2024 11:18 AM
Wenpa replied at 15-5-2024 12:42 AM
Mak oiii baju dia astafirullah hal azim

Itulah..separuh tersembol keluar dari bra ke tue..

Quote pocongkiutss 15-5-2024 11:21 AM
Baguih la jwpn dia tak poyo
Quote airmineral 15-5-2024 11:27 AM
Iols percaya Netizen dan selebriti msia ni bukan masing² bodoh pun utk menilai
Quote alesandra 15-5-2024 11:34 AM
She-Ra replied at 15-5-2024 10:46 AM
tak memasal iols skrol atas tgk gamba hahaahhaa.. ni gamba tahun bila ni tuan tanah? hehee

wow ella buat konsert lagi.mengikut sesetgh karatz ella buat konsert 10 tahun sekali
Quote HoneyManjer 15-5-2024 11:42 AM
delete la gamba sheols tu...tak sesuai....
tuka gambo lain la....
mengundang betoi....
dah la memang nak menghencap...tambah pulak hencapan benda lain skali
Quote anilanil 15-5-2024 12:19 PM
Edited by anilanil at 15-5-2024 03:25 PM

Utk semua retis malaysia, wat lek wat peace dah la. Kan dah ada yg explained block out movement ni bukan nak tabur pasir dlm periuk retis tapi utk solidarity to tembikai. Kalo retis tu pandai mencari mkn secara halalan toyibba & bukan sumber syubhah benda ni takde effect pon kehidupan diorang. Tetap lah jua dpt makan nasi, minum air sejuk & memakai kasut. Yg jadi isu bila retis ni berkiblat kan duit, merasa haknya dirampas  & duitnya dicuri. Rakyat tembikai itu yg sebenarnya haknya dirampas. Ini baru sikit ujian dah menggelupur, belum dajjal lagi muncul. Dan-dan itu lah uploaded semua resit sumbangan, explaination letter, nenyalahkan antara satu sama lain? Dah kalo kena maki ngan netizen kenapa nak butthurt sgt? Bukankah kalo retis itu redha dia mendapat pahala? Nak jugak justify dah tak jadi kaut pahala.
Bersabar la retis malaysia. Netizen tahu je korang ada menyumbang senyap2 tapi movement ini bukan target korang je semata-mata. Ayuh kita ubah persepsi ke atas retis melayu muslim. Biar syarikat gergasi & conglomerate pro putih biru tu tahu don't play2 with malaysian muslim artist. Biar kena buang mcm kaka azraf pon tetap tegak berdiri. Tapi benda ni takkan jadi kalo golongan retis sendiri sentap. Korang chill jer, biar netizen buat keje. Tolong diam.
Quote uori 15-5-2024 12:44 PM
Netizen ramai je yang cerdik. Tak payah takut dengan bayang2 sendiri kalau dah buat benda betul
Quote yururi 15-5-2024 12:46 PM
omg besarnyaa
Quote She-Ra 15-5-2024 02:03 PM
alesandra replied at 15-5-2024 11:34 AM
wow ella buat konsert lagi.mengikut sesetgh karatz ella buat konsert 10 tahun sekali

upsss hahahahaaa.. begitulah katanya semata nak bgtau retis kesayangan dia tiap bln buat konsert pastu satu2nya retis yg tiket manjang sold out, takde rertis lain dpt tandingi no syatu itu
Quote matseh 15-5-2024 02:45 PM
kalau beli barang fake. Kira support juga ke?
Secara tak langsung, org nampak kita pakai brand tu wlpn duit tak sampai ke kompeni2 tu, dia sampai ke kilang yg buat di China
Quote MadameOnion 15-5-2024 03:18 PM
orang dah siasat la tu nek el..dah 8 bulan..retis sangkak masih show off luxury item siap tag tag lagi..rmai je yg boikot tu golongan cerdik pandai..retis je ramai tak habis sekolah...kalau ada yg sekolah pun takat form 5 je..tu sbb taraf sampah pemikiran retis ni
Quote ___ 15-5-2024 03:34 PM
babelina replied at 15-5-2024 10:37 AM
setakat nie yg selalu aku tgk.. Fazura,Fattah, Ella,Laki dia & team dia, tokti..

hahaha si Fattah tu siap ber-LV lagi.
bangga jer ber tagging LV
Fattah_Israel LV.jpg



Quote sleepandream 15-5-2024 04:00 PM
betul tu dato' ella... mohon pemenat dato' pun siasat dulu bila ella tolak gelaran dato'... dah siasat baru sembang tawww
Quote anilanil 15-5-2024 07:34 PM
IMG_20240515_193101.jpg

Retis ni dah cross check blom product kesayangan maleis ni, safi
Quote Cyempaka 15-5-2024 07:48 PM
Nek ella bertudung bj kemain nampak bentuk bra.. nasib baik pangkat nenek nenek

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053565 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top