CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Poster Faisal Halim hiasi Lebuhraya Persekutuan

14-5-2024 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11871| Komen: 2

Description: Kuala Lumpur: Solidariti kepada pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid terus menjadi 'skala besar' menerusi poster kempen 'Stand With Faisal Halim, Stop The Violence' ...


Kuala Lumpur: Solidariti kepada pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid terus menjadi 'skala besar' menerusi poster kempen 'Stand With Faisal Halim, Stop The Violence' dipaparkan menerusi papan media elektronik.

Pemandu dan penunggang motosikal yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur sudah pasti tidak ketinggalan menyaksikan papan media elektronik memaparkan poster kempen terbabit.

Berdasarkan poster itu dipasang di laluan utama, secara tidak langsung mesej itu diterima secara besar-besaran selain mereka tidak melepaskan peluang mendoakan kesejahteraan Faisal yang mengalami lecur kulit tahap empat.

Sebagai rekod, kempen itu dilancarkan SFC untuk menghantar bahawa tiada keganasan sepatutnya berlaku dalam bola sepak.

Malah, solidariti itu turut menyeru penyokong bola sepak tempatan supaya dapat mendoakan kesejahteraan Faisal yang ketika ini sudah mengharungi tiga pembedahan bagi merawat kecederaan dialaminya.

Selain itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut bersama-sama Faisal dan mengharapkan pemain itu dapat pulih seperti sedia kala.

"Sama-sama kita semua terus mendoakan agar pemain Harimau Malaya, Faisal Halim diberikan kesejahteraan dan kesembuhan untuk beliau pulih seperti sedia kala.

"Wira kita, Faisal Halim!," kata FAM.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chilly 15-5-2024 10:06 AM
Suspek dah dapat tangkap ke?
Quote Decaffeinated 15-5-2024 02:05 PM
Why Selangor FC sahaja yang sangat vokal. Dia juga pemain HM kan.

Yang suka update on his condition pun SFC (i.e. majikan), bukan keluarga, bukan doktor.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.040190 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top