CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Masuk air’! Leona nyanyi Bey Sobar Bey ‘live’ pula

13-5-2024 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30036| Komen: 100


Bikin gamat! Meskipun tiada dalam senarai persembahan namun gelagat spontan pempengaruh media sosial, Kasih Leona menyanyikan lagu Cinta Setandan Pisang mencuit hati para penonton pada Konsert Loop Music Festival semalam.

Menaiki pentas pada penghujung acara, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu menyapa mesra para penonton dengan bertanya khabar sebelum menyanyikan lagu yang popular dengan lirik ‘bey sobar bey’ itu.

Dia yang muncul dengan gaun pendek berwarna putih itu turut menari di atas pentas sambil menyanyikan lagu popular asal Kelantan itu.

“Hai semua! Awak nak saya menyanyi ke?

“Bey sobar bey, bey rileks bey, jange jange wi jadi gegey.

“Seronok dapat jumpa semua! Saya cantik tak? Saya sangat teruja dan perlu pergi sekarang!” katanya.


Selain penonton, netizen turut teruja dan terhibur dengan gelagat bersahaja pemilik nama penuh Kasih Iris Leona Azhar itu malah ada yang menyifatkan kemunculannya adalah penutup konsert paling menghiburkan

“Tak sangka Leona muncul, dia kelakar!

“Terhibur betul dengan perangai ‘masuk air’ Leona,” komen netizen.

Sebelum itu, artis lain yang turut mengadakan persembahan pada konsert yang dikuasakan oleh AirAsia dan Tune Group tersebut adalag Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Kugiran Masdo, Amelina dan Noraniza Idris.

Sebelum ini, Leona yang juga merupakan cucu Pengasas Bersama serta bekas Pengerusi AirAsia Berhad iaitu Allahyarham Datuk Pahamin Abdul Rajab beberapa kali mencuri perhatian ramai apabila ‘merosakkan’ lagi raya Ketipak Ketipung Raya milik Aisha Retno dan Aziz Harun menjadi ketiak bau bawang.

Bukan itu sahaja, dia juga turut membuatkan ramai terhibur dengan usaha keras untuk bertutur dengan lancar dalam bahasa Malaysia. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jambatannetizen 13-5-2024 01:04 AM
Budak ini okla. Tapi dik! Pakaian tak sesuai dgn persekitaran. Kalau hang dekat Bath nak pakai lagu ini takpa. Kalau dress itu aras lutut pun dh ok, dik. Tu atas sangaaat.
Quote Farnor 13-5-2024 01:29 AM
Hah Leona.. Pakai sopan sikit dik kalau nak buat persembahan. Harap maklum
Quote sharlenetexas 13-5-2024 02:24 AM
Rempitnya.


Quote tulip-rain 13-5-2024 02:38 AM
Classy betul dia ni.


Quote Hoola 13-5-2024 03:33 AM
Edited by Hoola at 13-5-2024 03:36 AM

tiada dlm senarai persembhan,but why she suddenly ada atas pentas..achik2,abam2porem ada yg pi?cite skit(tho we know she cucu sapa,also relevant for her to be upstge futhermore viral her ketiak song)

ps-english matdan lg fasih.sorry not sorry for all msians parents yg xreti lgsung nk ajar anak ckp melayu???? bangla dtg malaya kirija pun pndai ckp melayu!!!!
acah anak terpngruh dgn kwn,sekolah,dibesarkn d l ngara??habih makbapak-anak dok serumah xreti xdan lgsung nk mngajor????!!!!!!xpadan asalusul mkn belacan gak kan??
Quote rainbowrainz 13-5-2024 04:28 AM
Hauknyaaa
Quote Piramida 13-5-2024 05:00 AM
Hoola replied at 13-5-2024 03:33 AM
tiada dlm senarai persembhan,but why she suddenly ada atas pentas..achik2,abam2porem ada yg pi?cite  ...

Sbb pempengaruh yg berpengaruh besar...
Konsert ni kan under Air Asia gak...
So  gitulerrrr as cucu dan ex intern.

Btw memang sorak besar dia dpt, mengalahkan artis yg perform tertinggal jauh. Ramai peminat budak ni.
Quote Hoola 13-5-2024 05:06 AM
Edited by Hoola at 13-5-2024 05:09 AM
Piramida replied at 13-5-2024 05:00 AM
Sbb pempengaruh yg berpengaruh besar...
Konsert ni kan under Air Asia gak...
So  gitulerrrr as cu ...


oooo
achik suka jg dia
bubly2 type masuk air jg gila2
walau sexy gedik jg

cuma pls jg imprve lah bm ko tu mek na
meluat..tau la urban ank ongkaya but thats not the reason..pak hang dulu pun kami achik2 minat hemsem cute jejaka idaman malaya era 90a
kalu nk bljar bm, achik2 abam2 porem sudi mngajor....
Quote TeropongThaico 13-5-2024 07:04 AM
Tembam2 pun kaki halus dak leorna ni
Quote SpyLeman 13-5-2024 07:16 AM
Aku yg lain ok ja dgn yona ni. Kecuali pakaian dia. Sexy sgt, kalau body gundu terus hilang classy tuu dik. Kalau nak lebih disayangi, pakaila proper sket. Arwah Tok Pok kamu tu asal Bachok jer bukan Scotland
Quote Thunderclouds 13-5-2024 07:22 AM
Yg dok merentan yada³ pasal yona kt medsos bila dok depan² gini sah tjerit² excited sama

Hippo krate
Quote annadonna 13-5-2024 07:36 AM
Lepas arwah Pahamin meninggal hari tu Tony dah bagi hint kan leona the next legacy. Tak heran ler dia balik dari UK khusus utk benda ni. Dia kan balik sekejap je.
Quote zehra2 13-5-2024 08:19 AM
ok je yona ni.. len kali jgn pakai skirt pendek gitu.. tp terus je comel ya.
Quote royaldanish 13-5-2024 08:33 AM
Farnor replied at 12-5-2024 05:29 PM
Hah Leona.. Pakai sopan sikit dik kalau nak buat persembahan. Harap maklum

dia kalau sopan pakai baju kaftan je memanjang
Quote abadi84 13-5-2024 08:56 AM
Iolls suka tgk dia ni
Random gila cute
Cuma risau tgk dia pakai skirt paras tu
Tak risau nmpk seluar dlm ke?
Quote MadameOnion 13-5-2024 09:52 AM
mekna comel..tapi bau busuk budu bila dia menyanyi lagu tu
Quote pocongkiutss 13-5-2024 09:54 AM
Suka Yona tp pls lah kuruskan skit badan & dress up classy..tolong le dik
Quote likilu 13-5-2024 10:07 AM
Ada jugak anak orang kaya gini

Genetic pak dia
Quote ninajaybee 13-5-2024 10:13 AM
Hoola replied at 13-5-2024 05:06 AM
oooo
achik suka jg dia
bubly2 type masuk air jg gila2

Kan dia memang sedang berusaha cakap Melayu berbanding dulu.

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.078065 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top