“Saya terima ancaman jangan datang Singapura”. Demikian pengakuan pelakon baharu Muaz Zabir yang menerima ancaman selepas terbabit kontroversi menjalinkan hubungan dengan Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz. Menurut Muaz, 27, ancaman tersebut diterima menerusi DM (mesej) di laman sosialnya iaitu di Instagram dan TikTok. Meskipun begitu, Muaz tidak gentar kerana yakin kedua-dua negara memiliki undang-undang yang menjaga keselamatan orang awam. “Walaupun menerima ancaman saya lihat daripada sudut positif. Insya-Allah, kalau saya dengan niat yang betul, untuk bekerja serta tidak menganggu sesiapa, tiada apa yang akan berlaku. “Sebab kita ada undang-undang. Jika saya ke sana (Singapura) untuk bekerja apa salahnya, bukan hendak cari gaduh. “Sebolehnya saya tidak ingat membabitkan dua negara. Saya sedang cuba meneruskan kehidupan dengan cara yang terbaik,” kata Muaz.
Biarpun menerima ancaman, jelas Muaz semuannya masih terkawal dan tidak ada keperluan untuk pihaknya mengambil sebarang tinndakan undang-undang. “Ancaman memang ada dan jenayah pun sentiasa ada di mana-mana. Tetapi saya tidaklah sampai perlu mengupah pengawal keselamatan atau membuat laporan polis berhubung perkara ini. “Saya akan cuba berhati-hati walau di mana sahaja saya berada,” ujar Muaz yang ditemui pada majlis rumah terbuka dan sambutan ulang tahun ke-25 produksi Global Station baru-baru ini. Sambung Muaz yang telah berkecimpung dalam dunia lakonan selama setahun enam bulan itu, kontroversi tersebut memberi kesan yang cukup besar dalam kehidupannya. “Saya tidaklah trauma sampai tidak boleh teruskan kehidupan. Tetapi saya mengaku apa yang berlaku memberi impak yang besar dalam diri saya dan keluarga. “Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan termasuk hubungan agar tidak menyinggung mana-mana pihak,” kata Muaz. Dalam perkembangan lain, Muaz muncul dengan naskhah baharu berjudul Leha, Leya Lawa lakonan bersama Bella dan Iskandar Chempaka yang telah ditayangkan di aplikasi Tonton. Sumber : Kosmo |
anilanil replied at 12-5-2024 04:38 PM
Singapore kan one of the safest countries in the world. Nama pon nak pi bekerja. Siapa cari pasal, d ...
Incanto replied at 13-5-2024 10:47 AM
takyah pegi Spore….semua benda mahal dik
alep ajis je murahan
8Queen8 replied at 15-5-2024 08:07 PM
Muaz handsome juga. Tapi tak famous. I hope lepas nama naik for wrong reason boleh lah up. Hati2 Mua ...
ADVERTISEMENT