KUALA LUMPUR – Penjaja rambo warga asing antara digempur selepas tular di media sosial menjual sayur-sayuran dan telur di kaki lima sekitar Jalan Hang Jebat, di sini, petang semalam. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan Tindakan Khas Terhadap Penjaja Tanpa Lesen susulan maklumat orang awam yang tular di media sosial, kelmarin. “Rentetan maklumat aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL telah menjalankan siasatan di lokasi berkenaan. “Setibanya di lokasi mendapati terdapat tiga aktiviti perniagaan yang dilakukan melibatkan seorang penjaja telur ayam (warga asing) dan dua penjaja sayuran, buah-buahan, ikan, barangan am oleh warga tempatan secara tanpa lesen dari pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook. Jelas kenyataan itu, tuga tindakan sita dan pindah barangan perniagaan serta merta dikeluarkan termasuk dua notis kompauan dibawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.
“Kesemua barangan yang di sita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras,” katanya. Tambah kenyataan itu, DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan dari masa ke semasa. Sebarang maklumat dan aduan boleh disalurkan di laman sesawang Adu@KL di pautan adukl.dbkl.gov.my. Sumber -KOSMO! ONLINE. |
B40tastePosh replied at 12-5-2024 06:06 AM
Semua kerja kena tunggu aduan rakyat, aduan awam
Sebab bila aduan bertulis kena follow up bawa mas ...
B40tastePosh: Semua kerja kena tunggu aduan ...
ADVERTISEMENT