BANGKOK – Seramai 61 orang meninggal dunia akibat strok haba di Thailand sepanjang tahun ini, manakala angka tersebut lebih besar berbanding keseluruhan 2023, kata Kementerian Kesihatan semalam. Gelombang cuaca panas luar biasa melanda Thailand sejak beberapa minggu lalu yang mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai cuaca panas ekstrem hampir setiap hari. Kementerian Kesihatan Thailand menyatakan, strok haba telah membunuh 61 orang sejak awal 2024, berbanding 37 individu sepanjang 2023. “Jumlah kematian tertinggi direkodkan di timur laut Thailand yang juga kawasan pertanian utama,” kata kementerian sama. Saintis-saintis sudah lama memberi amaran tentang perubahan iklim global yang berpunca daripada aktiviti manusia. Mereka berkata, fenomena iklim dunia akan menghasilkan gelombang haba yang lebih kerap, lebih lama dan lebih terik.
Walaupun fenomena cuaca El Nino memacu cuaca panas luar biasa pada tahun ini, Benua Asia mengalami pemanasan lebih cepat berbanding purata global, demikian menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia. Timbalan Ketua Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Apichart Vachhiraphan memberi amaran kepada orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan supaya mengehadkan masa di luar rumah. Menurut kerajaan pula, Thailand mengalami kelewatan musim tengkujuh pada tahun ini yang menyaksikan cuaca panas terik bertahan lebih lama daripada biasa. Bagaimanapun, ribut mula melanda beberapa kawasan di negara itu pada minggu ini, manakala pihak berkuasa mengeluarkan amaran tentang kemungkinan banjir kilat. Pada April lalu, wilayah Lampang merekodkan bacaan suhu 44.2 darjah Celsius iaitu kedua paling panas di Thailand. – AFP |
I.K.A888990 replied at 12-5-2024 03:05 PM
kat sini pun mmg teramat panas sgt wlaaupun malam
ada hujan turun walaupun sekejap dah syukur sgt2
t ...
krustykrab replied at 12-5-2024 03:36 PM
Bahang dia tu sampai kulit terasa panas.
Kalau kat rumah dlm 10 pagi tu iols dh tutup pintu & lang ...
sharlenetexas replied at 12-5-2024 01:24 AM
Extreme weather is real.
miss_white replied at 12-5-2024 06:11 PM
Pasal ni ke yg polis kelantan tak bagi pergi thailand
nipskacang replied at 12-5-2024 03:03 PM
Eh bukan ke sebab ade bombing kat area narathiwat ke mana mgu lps, ada rakyat malaysia terbabit ta ...
krustykrab replied at 12-5-2024 03:36 PM
Bahang dia tu sampai kulit terasa panas.
Kalau kat rumah dlm 10 pagi tu iols dh tutup pintu & lang ...
copy_paste replied at 13-5-2024 11:30 AM
kalau tempat aku kat luar sejuk tp dlm rumah rasa berkuap
ADVERTISEMENT