CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya akan laksana tanggungjawab penuh integriti – Azam

12-5-2024 12:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17731| Komen: 10

Description: PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki memberi jaminan akan memastikan amanah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus dilaksanakan sepenuhnya.


PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki memberi jaminan akan memastikan amanah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus dilaksanakan sepenuhnya.

Azam dalam satu kenyataan berkata, beliau juga akan manjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.

“Menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan semula saya ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“SPRM juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia serta jentera kerajaan tanpa kompromi dapat berganding bahu bersama SPRM bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan, Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun berkuat kuasa 12 Mei ini.

Pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694]. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 12-5-2024 07:54 AM
Kahkahkahkah
Quote shida81 12-5-2024 09:44 AM
Perwira2022 replied at 12-5-2024 07:54 AM
Kahkahkahkah

Ak baru nk komen ketawa.. Ko da ketawa dulu.. Ak join sekali.. KAHKAHKAHKAKAH
Quote LoveSungmin 12-5-2024 09:47 AM
gelinya
Quote najib888 12-5-2024 09:48 AM
Rafizi dah jumpa dia ke belum?
Quote Skuau 12-5-2024 01:50 PM
"saya menyokong penuh dan mempercayainya"-wak
Quote hmmlantakko 12-5-2024 05:44 PM
ini semua wayang dunia. akhirat itu pasti!!
Quote sapeka 12-5-2024 05:58 PM
Ye la tu
Quote antikorok 12-5-2024 10:49 PM
ES tersenyum sinisss
Quote F685 12-5-2024 11:06 PM
Rafizi & Adam Adli okay kot
Quote sharlenetexas 12-5-2024 11:10 PM
Ok

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040986 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top