CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jabatan Insolvensi belum terima RM30,000 hutang Datuk Red

12-5-2024 12:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23172| Komen: 56


Bayaran hutang RM30,000 daripada jumlah keseluruhan RM7 juta yang didakwa telah dibuat oleh bekas suami penyanyi Adira, Datuk Red masih belum diterima oleh Jabatan Insolvensi Negeri Selangor (MdI Selangor)

MdI Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan, setakat ini Jabatan Insolvensi Negeri itu masih belum menerima apa-apa bayaran daripada Datuk Red (Adenan bin Abu).

“Pembayaran sewajarnya dibayar kepada Jabatan Insovensi Negeri Selangor memandangkan kes Datuk Red ditadbir di sini (Selangor).

“Cara bayaran boleh dibuat terus sama ada dibayar secara atas talian atau draf bank,” kata kenyataan itu kepada Kosmo! hari ini.

Kenyataan itu mengulas mengenai dakwaan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, yang memaklumkan telah membayar RM30,000 Jumaat lalu kepada Jabatan Insovensi daripada hutang keseluruhan RM7 juta.

Menerusi laporan Kosmo! semalam, Datuk Red memberitahu segala proses pembayaran hutang itu ditentukan oleh pihak peguam termasuk kepada pihak yang perlu dibayar mengikut jumlah tertentu.


Difahamkan, wang bagi membayar hutang tersebut diperolehi daripada perniagaan kecil-kecilan Datuk Red antaranya kopi, sambal, baju dan minyak wangi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 12-5-2024 12:58 AM
dia ni bukan retis la…. awat tepek sini?
Quote doubleA 12-5-2024 02:11 AM
Iols percaya jab insovensi dari mamat scammer ni, motip membohong???
Quote MisXoXo 12-5-2024 02:46 AM
Euwwwwww..dah agakk dahh..mau dia sayang duit 30k tuuu
Quote ninajaybee 12-5-2024 04:03 AM
Baru tahu dia jual kopi konek kuat. Patutlah laku. Meleis kan suka benda2 gini. Pulak tu doktor yg punya product. Org tambah percaya.

Quote pocongkiutss 12-5-2024 06:26 AM
Bodonya la sapa yg sokong dia ni
Quote miss_strangers 12-5-2024 08:09 AM
Camne adira Ni leh terkawen dgn jantan cenggini...baiklah kawen retis ...retis sendu pon xpe...
Quote MissVixen 12-5-2024 09:26 AM
Orang yang hutang juta2 ni dah takde perasaan malu dah. Takdenya dia nak bayar. Ada je alasan dia nanti. Masa berduit,  bermewah, berlagak nak mampos dan tipu orang sana sini.
Quote Piramida 12-5-2024 09:28 AM
Mestilah kena heboh sekampung dulu baru bayar.
Cerita nak bayar keluar dulu...
Bayar tu kemudian or buat2 lupa later lah.
Quote Skyline_84 12-5-2024 09:30 AM
scammer keparat mmg auta je la kejenye...
Quote Minami2013 12-5-2024 09:36 AM
7 juta hutang
Quote CiliApiPedas 12-5-2024 09:49 AM
Kesian pakcik makcik yg kena scam tanah berpuluh ribu tu. kalau kena kt mak aku pun aku mengamuk. Takdenye nk kesian kt kaki scammer ni. Tapi entahla. Mybe skg dia betul2 dh bertaubat & selesaikan hutang tu? Allah maha mengetahui. Sapela aku nk menghukum. Harap nye tokred ni betol2 la dh berubah bukannya tengah scam org edisi 2.0
Quote black_handbag 12-5-2024 10:10 AM
banyaknya hutang dia. 7 juta.. mampus la nak bayar.. elok lari je terus ke LA macam kakpam thread sebelah
Quote telracs 12-5-2024 10:12 AM
Serius la muka tok red cenggini...
Selera pulak isteri²nya...
Maaf laaa... saya pun mementingkan paras rupa juga, nak hidup bersama sepanjang hayat kan...
Quote Pak.dolla 12-5-2024 10:18 AM
CiliApiPedas replied at 12-5-2024 01:49 AM
Kesian pakcik makcik yg kena scam tanah berpuluh ribu tu. kalau kena kt mak aku pun aku mengamuk. Ta ...

.
.
.
yg plg kelakar...pembeli² kukis yg tokred promote tu...pembeli2 tu marah sbb kat botol kukis tu xda sticker gamba tokred....tp sticker gamba bini tesla kata depa...

hahahaha dh jd pojaan msia tokred ni....

masa open hse mstar tu...sibuk je ramai nk tgk tokred pastu suruh reputz inteview hahahahaha sekali lagi...
Quote shida81 12-5-2024 10:23 AM
Dia byr personal creditor or org dia tipu dulu kot... Husnuzon
Quote red_velvet 12-5-2024 10:32 AM
Aku tak boleh tengok muka dia ni.. pki la songkok tinggi mana pun, jambang tebal mana pun.. tetap nampk muka gatal..padan muka budak2 tiktok yang support jantan taguna ni.. bagi gift sampai dia dapat beribu2 satu malam... Padan muka korang.. ko pun makan bercatu tapi tetap bangang nak tolong scammer
Quote xAthenax 12-5-2024 10:43 AM
red_velvet replied at 12-5-2024 10:32 AM
Aku tak boleh tengok muka dia ni.. pki la songkok tinggi mana pun, jambang tebal mana pun.. tetap na ...

yang buat rumah kaka dan absconded apabila duit sudah dapat duit 95% pun sebijik sejibun rupa gini, gaya gini, puak2 yang nipipel who enjoyed kekayaan dan contract atas dasar wahyu suatu ketika dahulu
songkok tinggi, berjambang siap berjubah (ikut keadaan)
weols baru2 ni terima menantu dalam keluarga terdekat
whorus saja heols..penat tengok orang bermuka muka untuk scam ni
kalau ikut hati kaka, memang kaka drag him to court and report cidb
tapi sebab saudara sebelum spouse terpaksa akur
Quote Mary_jane 12-5-2024 12:42 PM
Nak salahkan loyer ke tak proceed payment lagi?
Quote j3m4h 12-5-2024 12:57 PM
Xpaham aku yg g support scammer nih…lelagi dr samhanjenggg tu yg kalo ckp muke senget mcm kne belpalsy…zizik!

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.099661 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top