CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz cekik, tampar murid ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam Daerah

12-5-2024 12:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16684| Komen: 1

Description: PONTIAN – Kerajaan Negeri Johor memandang serius dakwaan berlakunya kekasaran melibatkan guru ke atas murid di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) baru-baru ini di daerah ini, Rabu lalu.


PONTIAN – Kerajaan Negeri Johor memandang serius dakwaan berlakunya kekasaran melibatkan guru ke atas murid di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) baru-baru ini di daerah ini, Rabu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd Khalid berkata, laporan mengenai perkara tersebut telah dibuat oleh Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) daerah berkenaan.

Katanya, PPID berkenaan telah memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya siasatan lanjut dapat dilakukan mengenai kejadian tersebut.

“Guru yang didakwa terlibat dalam kes tersebut akan ditempatkan di PPID dalam tempoh siasatan, manakala murid yang terlibat dibenarkan untuk mengambil cuti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd Fared, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan sentiasa memastikan suasana pembelajaran di semua sekolah agama berada dalam keadaan selamat


“Bukan sahaja selamat tetapi juga kondusif kepada semua guru-guru dan para pelajarnya,” ujarnya.

Beliau memohon semua pihak menghormati proses siasatan oleh PDRM dan tindakan selanjutnya termasuk tindakan tatatertib akan diambil tertakluk kepada hasil siasatan tersebut.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 16-5-2024 10:37 PM
Patutnya kena buang....niat mendatangkan kecerderaan kot. Apa daa...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.035926 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top