CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Hornet: TUDM hantar pasukan ke Kuwait, bakal beli pesawat tempur?

12-5-2024 12:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16718| Komen: 11

Description: IPOH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar pasukan ke Kuwait berhubung cadangan mendapatkan pesawat tempur F/A-18 Hornet dari negara tersebut.


IPOH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar pasukan ke Kuwait berhubung cadangan mendapatkan pesawat tempur F/A-18 Hornet dari negara tersebut.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, lawatan teknikal ke negara itu akan diadakan dalam masa terdekat dengan pasukan pelaksana dibentuk pada bulan hadapan.

“Mungkin dalam Jun (lawatan), Insya-Allah kita akan tubuhkan satu pasukan untuk laksanakan lawatan teknikal ke sana.

“Menerusi lawatan itu nanti, kerajaan dan TUDM akan memutuskan bilangan pesawat Hornet yang ingin diperoleh bagi memperkasakan pertahanan udara negara.,” katanya selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM di Akademi Tentera Udara di sini hari ini

Mohd. Asghar Khan berkata, TUDM ketika ini mengoperasikan lapan buah pesawat F/A-18D Hornet buatan Amerika Syarikat yang dibeli pada 1995 dan mula beroperasi dua tahun kemudian.


“Kuwait mempunyai 39 pesawat Hornet dua jenis tempat duduk dan satu tempat duduk. Daripada lawatan itu baru kita tentukan jumlah yang diperlukan. Sekiranya lawatan itu memberi hasil yang positif sehingga 2035, mungkin TUDM akan buat keputusan untuk membelinya,” katanya.

Kuwait bakal menamatkan khidmat pesawat-pesawat itu yang dibeli pada 1991 apabila digantikan dengan pesawat tempur lebih moden.

Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 12-5-2024 10:21 PM
I scroll ke atas balik tgk tarikh post ni. Kot la post lama. Baru punya.
Aiyoh old story lah. Tetiap tahun cerita yg samaaaaa je. Hujung2 tetap nan hado!
Quote B40tastePosh 12-5-2024 10:33 PM
Kesian beli pesawat terpakai dari Kuwait.

Quote blue_blur 12-5-2024 10:45 PM
boleh bau daa........ stok tahun 1991, beli terpakai zaman lalu, pada harga baru 2024... kenyanggggg.........
Quote pokokmeranti 13-5-2024 07:54 AM
B40tastePosh replied at 12-5-2024 10:33 PM
Kesian beli pesawat terpakai dari Kuwait.

tapi jam penerbangan dia lebih rendah dari yg sedia ada di Malaysia. kira masih boleh berfungsi dgn amat baik. negara pak arab jenis kuat membeli, jadi yg beberapa tahun baru beli pun mereka sanggup buang tukar baharu.
Quote Decaffeinated 13-5-2024 08:41 AM
Terpakai tapi mileage berapa? Kalau parking ja dan well maintained ok ja buat raso2. Kita pun guna masa pertunjukan ja. Mana ada perang.
Quote sranua 13-5-2024 09:10 AM
Bagus beli sebagai stop gap measure sementara menunggu batch FA50 dihantar sepenuhnya. MIG 29 mmg takde harapan dah jual besi burukla jawabnya.
Quote matamata 13-5-2024 09:27 AM
Sebab yg Kuwait punya model C/D kot (Legacy Hornet)
Kalau yg version Super Hornet tu dah lain jenis dia...tak sama dgn apa yg ada sekarang...senang nak bela
Quote matamata 13-5-2024 09:28 AM
Edited by matamata at 13-5-2024 12:14 PM

TUDM ni dgrnya mmg pakai cukup2 asset dia...A400M tu antara yg paling tinggi flight hours dia compare dgn pengguna lain dlm dunia
Quote fattymah 13-5-2024 10:55 AM
Singapore aritu belanjawan wat live kertas kerja beli F35.. iols kagum yach tgk presentation heols..
Quote airfilterkotor 13-5-2024 11:04 AM
Kuwait jet ni low mileage, seldom use dan juga never off road katanya.

Kuwait kena dapat green light dari Emrika kaa acaner bila nak juai ke Mesia?
Quote airfilterkotor 13-5-2024 11:09 AM
Amik Kuwait punya, astu yg Mesia punya trade in utk S.Hornet.

Asyik dogfight SU30-FA18 jer.... sesekali nak gak gigit S.Hornet.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.235406 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top