CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemenangan PH ‘signal’ rakyat bersama Kerajaan Perpaduan

12-5-2024 12:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15172| Komen: 14

Description: HULU SELANGOR – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu mengesahkan sokongan rakyat semakin kuat kepada Kerajaan Perpaduan.

HULU SELANGOR – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu mengesahkan sokongan rakyat semakin kuat kepada Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia dibuktikan menerusi peratusan undi diterima calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao yang meningkat kira-kira 3 peratus berbanding Pilihan Raya Umum, Ogos tahun lalu.

Katanya, gabungan itu juga berjaya merampas Pusat Daerah Mengundi (PDM) undi awal dan undi pos yang sebelum ini dimenangi pihak lawan.

“PRN yang lepas, kita telah mendapat sekitar 54 peratus undi dan pilihan raya kali ini Sock Tao telah berjaya mengambil 57 peratus undi kali ini.

“Ada tiga peti undi yang sebelum ini kita tewas iaitu PDM Kerling, Sungai Air Jernih dan Pertak. Dua daripadanya iaitu Sungai Air Jernih dan Pertak merupakan kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera.


“Kita percaya ini merupakan satu signal dan juga kalau mereka anggap pungutan suara, inilah pungutan suara kepada Kerajaan Perpaduan Selangor dan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pejabat Bahagian UMNO Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, meskipun Perikatan Nasional (PN) masih menguasai Batang Kali, namun terdapat penyusutan dalam sokongan apabila undian majoriti menurun daripada 1,700 kepada 1,300 undi.

Justeru, Amirudin berharap agar Sock Tao dapat meneruskan legasi mendiang Lee Kee Hiong dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Kuala Kubu Baharu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan PH berjaya mengekalkan DUN Kuala Kubu Baharu sempena PRK kali ini.

Menerusi saingan empat penjuru, Sock Tao memperolehi 14,000 undi.

Sementara itu, pencabarnya, calon PN, Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi manakala calon Bebas, Nyau Ke Xin dan calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin masing-masing hanya meraih 188 dan 152 undi.

Pengisytiharan keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Audree Kamaruddin di Pusat Pengiraan Undi SPR di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor malam ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnDeSouza 12-5-2024 01:43 AM
          
Quote akusukaq 12-5-2024 05:01 AM
Koyak ke
Quote stingergrumpy 12-5-2024 05:41 AM
Presiden PASPISPUS dah beri penegasan keluar mengundi itu fardhu ain...aku pasti yg semua keluar mengundi semalam adalah penyokong PEE END...tapi kenapa masih tewas?

Perhaps silap presiden sebut fardhu ain  keluar mengundi...tapi bukan fardhu ain't utk pilih calon pee end....

Kahkahkahkah
Quote B40tastePosh 12-5-2024 06:03 AM
Tahniah Kerajaan Selangor.

Selangor Maju bersama PH for thousand years
Quote juboqhang 14-5-2024 12:28 AM

Quote Perwira2022 14-5-2024 07:11 AM
Menang sebab rasuah besar-besaran naikkan gaji kakitangan awam.
Quote Nurdianah 14-5-2024 11:15 AM
Perwira2022 replied at 14-5-2024 07:11 AM
Menang sebab rasuah besar-besaran naikkan gaji kakitangan awam.

kehkehkeh
Quote akusukaq 14-5-2024 02:56 PM
Patut lah penyokong PN meroyan mcm anjing giler bila abg Non umum gaji kktgn awam naik, dah terbayangkan nak  kalah khenn.
.
.
Quote tripleid 14-5-2024 03:19 PM
Ketua Pemuda Pas ni dah lari menyorok dlm gua ke??


Screenshot_2024-05-14-15-18-32-969_com.opera.browser-edit.jpg

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.063752 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top