SEBELUM Marikh boleh diteroka, bulan akan menjadi lokasi eksperimen markas manusia di angkasa lepas.
Misi Artemis ke bulan diharap menjadi batu loncatan untuk manusia akhirnya tinggal selain daripada di bumi. Untuk menyokong penempatan di bulan, NASA telah menyumbang dana kepada pembangunan sistem rel terapung di permukaan bulan. Projek Flexible Levitation on a Track (FLOAT) membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030. Rel untuk FLOAT hadir dalam bentuk gegelung yang dibuka apabila diperlukan. Robot-robot swapandu akan terapung menggunakan daya tolakan magnet dengan setiap satunya boleh membawa kargo sehingga 30 kilogram. Dengan FLOAT sampel batuan dan galian bulan boleh dihantar ke markas untuk ujian secara swapandu. Ia juga akan digunakan untuk menghantar bekalan kargo dari tapak pendaratan ke markah. FLOAT ialah salah satu daripada enam projek konsep yang menerima dana NASA untuk menjadikannya realiti. Sumber - Amanz
|
batu kikir replied at 10-5-2024 10:12 PM
Cerita dari NASA, dari Amerika??
Cerita pernah pergi bulan pun banyak yang tak bolih dipercayai....t ...
batu kikir: Cerita dari NASA, dari Amerika ...
SalenaGomez replied at 11-5-2024 11:04 PM
SG pon x caya depa ni gi bulan. Kalau betullah, mesti dah banyak kali ulang alik g bulan. Ini skal ...
hyie replied at 10-5-2024 11:25 PM
secara logiknya, usofA ni perangai dia kan senantiasa nak jadi yang terpaling. So, kalau sekali di ...
zjen replied at 11-5-2024 12:58 AM
1969 first time amerika sampai bulan tu dgr citer wat kat studio Hollywood ... pastu siaran secara l ...
ADVERTISEMENT