SAO PAULO: Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Menurut laporan terkini Agensi Pertahanan Awam, kira-kira 1,476,170 penduduk terjejas oleh bencana alam itu dan 136 orang masih hilang, lapor Xinhua. Hujan lebat telah menyebabkan darurat diisytiharkan di 80 peratus kawasan negeri itu. Usaha menyelamat pada Khamis menjadi rumit selepas hujan lebat terus turun. Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite menyifatkan ia sebagai tragedi terburuk dalam sejarah negeri itu. Sumber : - BERNAMA |
tripleid replied at 10-5-2024 04:21 PM
Ni balasan sbb tebang hutan Amazon la kan..padan muka.Cash on delivery!
Triple_8 replied at 10-5-2024 08:17 PM
Siapakah yang engkau padan mukakan? Rakyat marhein yang tidak pernah menebang sebatang pun pokok h ...
ADVERTISEMENT