Pelakon hebat, Tony Eusoff mendedahkan dirinya masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini. Ketika ditemui OhBulan!, Anthony Joseph anak Hermas Rajiman berkata, keputusan itu diambil kerana dia mahu memberikan sepenuh fokus menjaga ibunya yang berada di kampung. "Saya masih belum terfikir nak kahwin sekarang ini, sumpah. Fokus saya adalah untuk ibu saya sebab dia duduk seorang di kampung." "Saya anak sulung dan dua beradik sahaja dengan adik saya. Jadi saya dan adik kena gilir-gilir pulang ke Sarawak untuk tengok ibu." "Ibu saya pula tak nak datang ke Semenanjung jadi dalam setahun itu saya akan ulang alik ke Sarawak sebanyak enam kali." Tony berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada pada sidang media filem ‘The Experts’ yang diadakan di Slate @ The Row, Chow Kit, Kuala Lumpur. Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun ini memaklumkan dirinya tidaklah berputus asa dalam mencari jodoh namun kehadiran rakan-rakan di sisi membuatkannya rasa sentiasa disayangi dan dihargai. "Nak kata putus asa itu tidaklah. Mungkin tahun depan, mungkin 10 tahun akan datang baru saya akan bertemu jodoh." "Kita tak tahu masa depan macam mana, never say never." "Tapi saya rasa bersyukur sebab saya tidak kesunyian sebab adanya kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan selalu ada untuk saya." "Jadi saya rasa bersyukur saya masih disayangi ramai meskipun saya masih belum berumah tangga." Sumber : OhBulan
|
dua_chzy replied at 9-5-2024 11:04 PM
Tak pernah baca gosip Tony Eusoff ada gf.
Mahupun bf.
Naftalena replied at 10-5-2024 01:21 AM
bukan ke heols dengan rosanna tun musa?
sharlenetexas replied at 10-5-2024 02:35 AM
Siap share bela anjing.
Naftalena replied at 10-5-2024 01:21 AM
bukan ke heols dengan rosanna tun musa?
sharlenetexas replied at 9-5-2024 05:03 PM
Heols mcm laki bini dgn gf meleis.
sharlenetexas replied at 10-5-2024 01:03 AM
Heols mcm laki bini dgn gf meleis.
BoongaKertas replied at 10-5-2024 08:58 AM
terus zass meols google psl heols and beau heols. then keluar psl dadih. pernah kena penjara rupanya ...
bottombikini: oooo straight keingatkan in the closet
ADVERTISEMENT