Seorang jemaah masjid yang juga merupakan warga emas naik angin dan mengasari seorang budak muda selepas selesai solat berjemaah di Masjid Bukit Jelutong. Menerusi video dikongsikan DJ Zayan FM, Anas Tahir dia menjadi saksi kejadian tersebut yang berlaku sebaik sahaja selesai solat Maghrib. Ceritanya, selepas memberi salam malah ketika itu imam sedang membaca wirid, warga emas terbabit secara tiba-tiba menarik baju budak tersebut di bahagian leher dari arah belakang. "Tiba-tiba dia cekak budak tu, budak ni tak balas apa-apa. Imam tengah wirid, dia boleh menjerit ‘jom ah, belakang ah’. Dia bangun, dia pergi ‘lock’ tangan budak ni.” Sebab terlanggar kaki je… Tambah Anas, warga emas tersebut naik angin hanya kerana budak muda terbabit terlanggar kakinya ketika merapatkan saf. Meskipun jemaah lain yang berada di masjid ketika itu cuba menenangkan situasi tegang tersebut namun warga emas berkenaan seperti masih tidak berpuas hati. Anas turut memuji budak muda berkenaan yang langsung tidak melawan malah katanya dia bukanlah pertama kali ke masjid tetapi sering dilihat hadir untuk solat berjemaah. "Budak tu muda, cakap pun lembut. Saya respect dia sebab dia tak melawan walaupun dah kena ‘lock’ tangan ke belakang. Pakcik sabarlah pakcik. Kalau pergi sembahyang dekat negara lain, kalau kena rapatkan saf takkan semua orang kau nak belasah?” Perkongsian itu meraih perhatian ramai warganet yang mengkritik warga emas terbabit kerana panas baran dan mengasari budak muda terbabit apatah lagi di dalam masjid, selepas tunaikan solat. SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
jejaka_hensem replied at 9-5-2024 02:57 PM
So,apa isu semasanya?
dua_chzy replied at 9-5-2024 10:56 PM
Itulah ujian untuk pacit dan Wakiyudin.
ultra78 replied at 9-5-2024 03:05 PM
Rimas duduk rapat-rapat berhimpit. Rindu zaman covid dulu.
jejaka_hensem replied at 9-5-2024 10:57 PM
So,apa isu semasanya?
fefeeling replied at 10-5-2024 12:21 AM
Rupanya byk masjid yg tutup pintu bila bkn masuk waktu ye.. dia bg ko duduk luar je bertenggek, takl ...
ultra78 replied at 9-5-2024 11:05 PM
Rimas duduk rapat-rapat berhimpit. Rindu zaman covid dulu.