Aktres jelita, Diana Danielle meluahkan rasa hairan dengan sikap sesetengah warga maya yang gemar menjadi penyibuk dan menjaga tepi kain orang terutamanya kepada golongan yang bergelar selebriti. Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Diana menganggap setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk mengawal sendiri kandungan yang ditonton di media sosial. "Tak faham yang suka tegur-tegur orang dekat media sosial, jangan macam ini jangan macam tu. Aurat itu aurat ini. Mata pun kena jaga juga, kalau betul nak jaga, jaga diri dulu dari terjebak dengan media sosial." "Semua akaun media sosial ada, TikTok, Instagram, Facebook, X, Youtube, beritahu saja. Kalau check time spent on phone, sekurang-kurangnya berjam-jam sehari just scrolling through content yang tak berfaedah." Tambahnya lagi, adalah lebih baik netizen di luar sana memberikan fokus dan lebih perhatian terhadap keluarga masing-masing daripada sibuk menjaga kehidupan orang lain.
"Kalau you kisah dengan kehidupan sendiri, you takkan ada masa nak doom scroll and drop random DMs kepada orang tak kenal. Ni sibuk betul nak jaga aurat anak orang, anak sendiri entah ke mana." "Sibuk nak tahu siapa curang siapa apa, laki bini sendiri terabai. Sibuk nak tolong siram rumput jiran sebelah, rumah sendiri bersarang. Berhenti. Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain." Tegas Diana, amalan menyibuk dan mengambil tahu kehidupan orang lain secara berlebihan seakan-akan sudah menjadi satu penyakit di media sosial. SUMBER : Instagram/Beautifulnara |
ADVERTISEMENT