Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama negara selepas berjaya mendapat tempat kedua di dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Nur Ilhan Nurina telah mendapat tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia dalam peperiksaan Audit and Assurance (ACCA). Muhammad Fawwaz pula berjaya memperoleh tempat pertama dan kedua dunia bagi Top ACCA FIA Prize Winner bagi kertas Management Information (MA1). Kedua-dua pelajar tersebut masing-masing dari kampus Shah Alam dan Tapah, Perak. "Kejayaan konsisten pelajar ini memberikan impak positif, motivasi dan inspirasi kepada rakan seperjuangan, keluarga, fakulti, UiTM dan rakyat Malaysia secara amnya.” Susulan itu, fakulti berkenaan juga ingin meningkatkan jumlah graduan professional dalam bidang perakaunan negara bagi mencapai aspirasi kerajaan menjelang 2030.
"Sebagai fakulti yang terbesar di Malaysia dalam bidang perakaunan, Fakulti Perakaunan mendukung tanggungjawab yang signifikan, setiap tahun fakulti melahirkan lebih kurang 50 peratus graduan perakaunan dalam kalangan semua IPTA negara.” Fakulti Perakaunan juga sentiasa berusaha menghasilkan graduan perakaunan yang market-ready dan pencapaian ini membuatkan pihak fakulti akan memperluaskan peluang pengajian professional perakaunan bagi lepasan SPM di cawangan lain selain dari kampus Shah Alam. SUMBER : Harian Metro |
dua_chzy replied at 9-5-2024 10:50 PM
Apa rehsia bebudak Accounting UiTM, bagus2?
Nokiaman replied at 10-5-2024 06:31 AM
kalo kambeni Bumiputrak yg cedok, hadap je laaa...MNC sian siang rejek UITM student s nie...sampah ...
dua_chzy replied at 9-5-2024 10:50 PM
Apa rehsia bebudak Accounting UiTM, bagus2?
kakacantikkan replied at 9-5-2024 11:29 PM
nk dpt masuk acca course uitm ni nk someone yg really bright also..straight As jugak nk kena dpt n ...
shernazz replied at 10-5-2024 07:18 AM
MNC reject..GLC amek tak graduan uitm Ni?
Huhu
ADVERTISEMENT