Kuala Lumpur: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah sejak operasi ketenteraan yang dipertingkatkan 6 Mei lalu. Dalam satu hantaran di laman X dahulunya Twitter pada Khamis, UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza. "Sejak tentera Israel meningkatkan operasinya pada 6 Mei, kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah mencari tempat selamat. Penderitaan dialami keluarga-keluarga ini tidak tertanggung. Tiada tempat yang selamat. Kita perlukan gencatan senjata," katanya. Sumber : Harian Metro |
dua_chzy: Hado bitch nak triggered juga ...
ADVERTISEMENT