Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bertindak kunci mulut tentang permohonan maaf secara terbuka daripada Ruhainies susulan kontroversi yang turut membabitkan penyanyi, Aliff Aziz.
Menurut pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia hanya mahu memberi fokus terhadap perbicaraan di mahkamah dan karier seninya. "Alhamdulillah saya okay. Saya minta maaf banyak, sebab sekarang ini saya hendak fokus kepada perbicaraan di mahkamah. Jadi, saya minta doakan yang baik-baik." Disoal mengenai hubungan dengan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada suaminya, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara tersebut. "Saya ketika ini hanya fokus kepada kerja sahaja dan tak tahu ada apa-apa ‘update’ (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tak ada komen mengenai itu." Susulan kes yang masih berjalan di mahkamah, Bella dinasihati oleh peguam untuk tidak memberi sebarang kenyataan dan fokus kepada kerjanya sahaja. "Saya tak ada dapat (perintah mahkamah), tapi segala-galanya bergantung kepada nasihat daripada peguam." "Sekarang ini saya fokus kepada kerjaya dan selebihnya akan dibawa ke mahkamah kerana itu yang terbaik." Terdahulu, Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella melalui perkongsian dibuat dalam Instagram Story dan menerusi temu bual Melodi. Permohonan maaf itu dibuat dipercayai selepas pendedahan ‘screenshot’ perbualan oleh Sarah yang mendakwa Aliff dipergunakan oleh Ruhainies. Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu. Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Sumber : OhBulan
|
jambatannetizen replied at 9-5-2024 10:58 PM
Dia ini kena gemuk sikit. Kalau terlalu kurus mata kedalam.
Kurex replied at 10-5-2024 02:32 PM
acik2 dah mula bosan dan menyampah dgn 4 ketul yakni kemek, kemut, kote kecik, bedak cina..benang p ...
ADVERTISEMENT