KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu vaksin Covid-19, AstraZeneca dalam masa terdekat. Menterinya, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sehubungan itu semua pihak diharap supaya bersabar, namun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. “KKM akan mengeluarkan kenyataan terkait AstraZeneca dalam waktu terdekat, harap bersabar,” katanya ringkas ketika ditemui selepas Persidangan Clinical Research Malaysia (CRM) di sini, hari ini. Terdahulu, syarikat farmaseutikal, AstraZeneca menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia, beberapa bulan selepas mengaku vaksin tersebut mempunyai kesan sampingan yang berbahaya, lapor akhbar Daily Mail. Suntikan yang dibangunkan oleh Universiti Oxford itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat tersebut secara sukarela menarik balik kebenaran pemasarannya, berkuat kuasa kelmarin.
Permohonan serupa untuk menarik balik vaksin akan dibuat di negara lain yang telah meluluskannya sebelum ini. Sebelum ini, Dzulkefly dilaporkan berkata, KKM akan meminta penjelasan daripada Firma Farmaseutikal AstraZeneca berhubung pengeluaran vaksin Covid-19 yang memberi kesan sampingan. Beliau dipetik berkata, pihaknya akan meminta wakil daripada firma itu untuk membuat penjelasan dengan lebih teliti dan telus kepada semua pihak di negara ini. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
pengecatbintang replied at 9-5-2024 06:25 PM
...
slavehunter replied at 9-5-2024 09:44 PM
Estimated 17 million dah goal after mass vaccination.
Baru2 ni adik aku nye kawan lepas beranak m ...
slavehunter replied at 9-5-2024 09:44 PM
Estimated 17 million dah goal after mass vaccination.
Baru2 ni adik aku nye kawan lepas beranak m ...
pengecatbintang replied at 9-5-2024 10:27 PM
blood clot yea..
tahun lepas ramai mati sebab heart attack n blood clot..
pengecatbintang replied at 9-5-2024 10:28 PM
dulu kita jangka 2 ke 3 tahun ramai akan goal lepas bekcin..
kita tunggu lagi by 2026
AbukRokok replied at 10-5-2024 06:33 AM
Dah tau jawapannya nanti
Manfaat lbh besar dri risiko
Yg dlm kubo tgk geram je xblh buat apa2 ...
ADVERTISEMENT