CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Anak Saya Sekolah Agama Tau!” – Sharifah Sakinah Beri Sokongan Anak Minat Bidang Seni, Kena Seimbang Dengan Pelajaran

9-5-2024 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5987| Komen: 27



Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan hubungannya bersama bekas suami, Aliff Adha masih berada dalam keadaan yang sangat baik bagi memastikan kesejahteraan anak mereka, Anais Adha.

Ujar Sakinah, Aliff Adha adalah bapa terbaik buat anak mereka dan menyifatkan lelaki itu sebagai kurniaan Allah S.W.T meskipun sudah tiada ikatan suami isteri.


"Aliff adalah ibu sebenarnya! Aliff memang bagus dan saya sangat bersyukur dikurniakan bekas suami macam dia."

"Hubungan Anais dengan bapanya pun sangat baik. Tak tahu kenapa Tuhan berikan saya rezeki kehidupan sebegini."

Dalam pada itu, Sakinah memberitahu anaknya sangat bijak dan bersikap jujur mengenai kehidupan keluarga apabila ditanyakan mengenai ibu bapa oleh orang sekeliling.


"Dekat sekolah hanya dia sahaja yang ibu bapa sudah bercerai. Kadang-kadang kawan dia tanya kenapa ada dua rumah dan Anais jawab ibu dan ayah sudah berpisah, siap terangkan kepada mereka."

"Ketika menetap di Sweden, 50% pasangan bercerai di sana dan ia perkara normal. Di Malaysia nak normalisasikan perkara itu sangat sukar. Sebab tu pentingnya bercuti ke luar negara. Tengok budaya luar, perceraian itu perkara biasa."

Anais juga dikhabarkan mempunyai bakat dalam bidang seni dan Sakinah berkata dia menyokong jika anak perempuannya itu ingin bergelar artis asalkan pendidikan menjadi keutamaan.

Bekas suami pun sokong tapi apa-apa pun kena seimbang dengan pelajaran. Anak saya sekolah agama tau. Dia suka melukis malah di hadapan kamera pun dia natural jadi model, menangis pun boleh” kongsinya lagi.

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-5-2024 03:44 PM
Ntah la. Akak rasa kau bodoh dek. Kufur nikmat gitu istilahnya ha kau akak setajah hari ni.
Quote Belibis 9-5-2024 03:48 PM
Sekolah agama bukan jaminan untuk jadi orang beragama..gelaran al hafiz pun tak guna kalau sibuk promot beksin.bila dah terciduk,buat2 lupa segala fatwa hari tu.
Quote kepompong 9-5-2024 03:51 PM
cam kelakar je pegi luar negara semata2 nak tengok pasangan bercerai tu biasa
Quote deebiz14 9-5-2024 04:00 PM
Wait... what's the correlation?

Ape kene mengena ko gi cuti luar negara & me-normalisasikan asbab cerai berai ni? Budaya ko sendiri tunggang langgang....

Sama bodowww lah cam watak cikpon heshe penah blakon tu, yg tak sedor sheols mmg hantu.
Quote freyayong 9-5-2024 04:02 PM
kenapa nak normalise kan bercerai berai?
Quote hokeypokey 9-5-2024 04:32 PM
dh ada bf baru ke blum???
Quote sharlenetexas 9-5-2024 04:56 PM
Takde komen "bekas suami" sorang lagi?


Quote syamzana 9-5-2024 05:07 PM
gigih la justify itu ini utk menampakkan tindakan dia betul. lantak laaa
Quote LadyWhistledown 9-5-2024 06:16 PM
tak tau la napa tapi rasa kesian tengok anak dia. harapnya si ayah bagi penuh perhatian dan kasih sayang la. kalau mak dia hmm no komen
Quote SalenaGomez 9-5-2024 06:19 PM
Actually anak dia pempuan ke lelaki? Sbb nama tu mcm x dpt nak agak
Quote bottombikini 9-5-2024 06:19 PM
retis camni la
anak nak skola agama
tapi diri sendiri.......

dia pikir ada shortcut kot
Quote Goodluckdontcry 9-5-2024 06:24 PM
Edited by Goodluckdontcry at 9-5-2024 06:28 PM

Ko ni minah, mmg sejenis pentingkan diri sendiri..den buat konklusi berdasarkan berita diats okey..dan kalau kenyataan diats 100% dr mulutnya...

ko hny tgk dr perspektif diri ko shj tentang isu perceraian..smp suruh pergi luar negara semata nak tgk statistik..ngok...dr sudut pandang seorg anak kecil, ko abaikan...ngok ngek kuasa 2...

Tau pun ko Allah SWT bg nikmat kpd ko, tp awat xreti nak berterima kasih, jauh sekali nak  bersyukur dgn cuba xbuat perkara2 buruk...mmmmmmmmmmmmmmmmmm ngok ngek kuasa 3.... harktuihh
Quote alesandra 9-5-2024 06:27 PM
deebiz14 replied at 9-5-2024 04:00 PM
Wait... what's the correlation?

Ape kene mengena ko gi cuti luar negara & me-normalisasikan asbab  ...

Kita pegi luar negara nk tgk benda cantik2 yg menarik,mkn sedap2.dia suruh tgk org bercerai ke tidak.kawen ke tidak pun aku x peduli inikan pulak nk tgk org bercerai.first time dengar benda paling bodo ni.ke dia mangsa misquoted reporter bodo?

Quote Hoola 9-5-2024 06:31 PM
mantan laki dia dh remarry ke
kalu msh single, achik porem nk masuk jarum
Quote zuri154 9-5-2024 07:56 PM
SalenaGomez replied at 9-5-2024 06:19 PM
Actually anak dia pempuan ke lelaki? Sbb nama tu mcm x dpt nak agak

Anaknye pompuan
Quote gekkou 9-5-2024 08:01 PM
Anak saya sekolah agama tau


anak yebby yabadi ngan nomiang pun sekolah agama
sampai sekolah menengah
tgk apa jadi?
siap check in hotel atas nama sendiri dgn lelaki tanpa segan silu
membelakangkan mak ayah nikah luar negara
demi selam

semoga anak mu dijauhkan dari akhlak sebegini
Quote fefeeling 10-5-2024 12:54 AM
Hoola replied at 9-5-2024 06:31 PM
mantan laki dia dh remarry ke
kalu msh single, achik porem nk masuk jarum

Biasa nmpk pi makan dgn gf heshe
Quote vanillaninja 10-5-2024 09:08 AM
Anak sheols sekolah agama mana?
Quote tulip-rain 10-5-2024 09:18 AM
bottombikini replied at 9-5-2024 06:19 PM
retis camni la
anak nak skola agama
tapi diri sendiri.......

Dia pikir nanti anak solehah doakan dia dah cukup.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.032102 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top