Melalui satu perkongsiaan seorang individu di laman Facebook baru-baru ini, dia berkongsikan kesusahan untuk mencari pekerja yang komited pada hari ini. Dapat dilihat dalam hantaran yang dimuat naik foto memaparkan mesej di dalam WhatsApp bersama seorang pekerja yang baru saja diambil untuk bekerja. Pekerja terbabit meluahkan bahawa dirinya tidak dapat meneruskan pekerjaannya di syarikat terbabit atas alasan tidak mempunyai pengangkutan untuk pergi ke pejabat. "Since ayah saya tak dapat nak guarantee dia boleh hantar setiap hari, saya takut saya tak dapat commit dengan permintaan company, jadi saya terpaksa undur diri." Loading FB Post...
Lebih memeningkan majikan terbabit, apabila diberi cadangan supaya pekerja muda itu menaiki pengangkutan awam, dia memberi alasan ibu tidak membenarkannya untuk menaiki sebarang pengangkutan awam dan disebabkan itu anak muda tersebut perlu meletak jawatan. "Saya tak faham generasi anak muda zaman sekarang tahun 2024 dah datang interview bila dapat, rasa tak boleh commit terus undur diri. Kerja belum start lagi, dah bagi macam-macam alasan itu la ini la." Perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap anak muda tersebut serta persoalkan sejauh mana kawalan ibu bapanya hinggakan tidak memberi kebenaran untuk naik pengangkutan awam. SUMBER : Facebook/Beautifulnara |
Kitty_catz replied at 9-5-2024 04:19 PM
hahaha baru je kejadian 2 minggu lepas.. sama alasan.. mak tak bagi kerja jauh
dah kau dtg itw tu b ...
midori888 replied at 9-5-2024 04:31 PM
mmg buang masa...dah tau jauh, yg apply kenapa...
BoongaKertas replied at 9-5-2024 04:41 PM
Allahu manjenyewww. tp nk tanya bebetul kat makcik tu. iols mcm susah nak caya mak overprotective mc ...
hyie replied at 9-5-2024 04:51 PM
iya kat tempat keje meols ada yang gini, masa mintak keje tu kan lepas interview, asikla datang jeng ...