WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran mengenai mutasi baharu Covid-19 dinamakan FLiRT, lapor agensi berita United Press International semalam. CDC menyatakan, varian itu dikesan dalam sampel air kumbahan, manakala pemantauan kes antara 14 April hingga 27 April lalu menunjukkan varian FLiRT merangkumi satu perempat daripada keseluruhan kes baharu Covid-19 di Amerika Syarikat. Ia meletakkan FLiRT di hadapan strain dominan sebelum ini iaitu varian JN.1 yang membentuk 22 peratus daripada keseluruhan jangkitan Covid-19, demikian menurut CDC. Bercakap kepada laman berita WebMD, Dekan Fakulti Kesihatan Awam Universiti Yale, Dr. Megan Ranney berkata, varian FLiRT menunjukkan beberapa perubahan yang membimbangkan. Salah satunya adalah peningkatan protein virus tersebut yang digunakan untuk menyerang tubuh manusia.
Kemunculan FLiRT juga membimbangkan pakar-pakar ketika kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS) menunjukkan penurunan. Antara gejala pesakit dijangkiti varian FLiRT termasuk demam atau rasa seram sejuk, batuk, sakit tekak, hidung berair, sakit kepala, sakit otot, sukar bernafas dan kelesuan. – AGENSI |
Gingerly replied at 10-5-2024 09:58 AM
Expected. Bumi membiak mcm2 virus. Makin lama makin resist. Nk bagi faktor, panjang list.
Hidup mcm ...
pokokmeranti replied at 10-5-2024 11:39 AM
balak hanya bagus utk org politik, boleh jual nak beli kereta utk mereka bawa sedangkan rakyat dib ...
Gingerly replied at 10-5-2024 12:02 PM
Semoga pokokmeranti berpindah kew kawasn yg selamat drpd mjadi mgsa kayu balak org foolitik itteww
B40tastePosh replied at 10-5-2024 12:18 PM
Selalunya balak berkaitan dengan Walaun
kepompong replied at 9-5-2024 03:45 PM
tanda2 kena ambik dose ke - 5 ke. ini kefahaman dai apa yg i baca artikel tu
Gingerly replied at 10-5-2024 09:58 AM
Expected. Bumi membiak mcm2 virus. Makin lama makin resist. Nk bagi faktor, panjang list.
Hidup mcm ...
Tinot7 replied at 10-5-2024 02:40 PM
Balak ka bala?
hayrin86 replied at 10-5-2024 09:46 AM
Elak-elakkan dari menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa (selain Hari Kekasih, Hari Wanita dan Hari Pekerj ...
ADVERTISEMENT