Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memberitahu tidak pernah terfikir untuk menduakan isterinya yang juga seorang pelakon, Wawa Zainal. Menurutnya, tiada alasan untuk dia mengenali wanita lain memandangkan Wawa sudah cukup melengkapi hidupnya. "Wawa sudah cukup cantik di mata saya. Saya tidak pernah ada niat untuk ada orang ketiga dalam hidup saya, tetapi kalau ada ‘bisikan’ yang tidak baik saya akan ingat pada anak-anak." "Nak cakap wujud atau tidak cubaan orang ketiga, saya tidak boleh nak jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah kita nak tahu kan?" "Cumanya kalau kita tidak melayan, perkara itu tidak akan terjadi." Aeril berkata demikian ketika majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya yang diadakan di Bangi, Selangor, baru-baru ini. Kata Aeril, dia tidak mahu menghancurkan kebahagiaan yang telah dibina kerana percaya kifarah itu wujud. "Saya lebih senang untuk memikirkan masa depan. Saya juga tak mahu rosakkan apa yang sudah dibina selama ini, hanya dengan kesilapan diri sendiri." "Saya pun yakin, Wawa pun akan buat perkara sama memandangkan dia seorang yang setia." "Saya percaya kalau bual hal yang tidak baik, mesti kena karma. Apabila ia berlaku susah nak patah balik. Malah sudah tentu kepercayaan si isteri juga akan hilang." "Jadi pada pandangan saya, jangan pernah ada niat untuk buat sesuatu yang kita sendiri pun tak boleh nak kawal." Sumber : OhBulana |
prince_marhaen replied at 9-5-2024 09:55 AM
anak dia yang sulong laki tu apasal suka buat muka aneh2 eh? macam creepy pun ada....autism ke chuol ...
Nham22 replied at 11-5-2024 06:44 AM
Ape yg ade skrg ni pon atas usaha tak putus2x wawa tu...... Anak2x tu kemewahan... Kekayaan... Harta ...
ADVERTISEMENT