CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Nak Dia Bahagia Cuma Dengan Saya’ – Izzue Islam Enggan Kongsi Kasih Sayang Dengan Wanita Lain

8-5-2024 09:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5910| Komen: 28



Pelakon dan pengacara, Izzue Islam sentiasa hadir ke acara-acara bersama isteri yang juga berperanan sebagai pengurusnya iaitu Awin Nurin bagi mengelakkan berlakunya kecurangan.

Menerusi perkongsian di TikTok Maskulin, Izzue, 33, akui bimbang sekiranya dia berlaku curang justeru dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa isteri.

"Setakat ini tiada pun yang cuba nak ‘try’ saya cuma itu sebagai langkah berjaga-jaga tak nak tiba-tiba saya pula yang ‘try’ orang lain."

"Manusia ni kan perasaan dia tunggang-langgang juga kadang-kadang. Takut satu hari saya jauh dengan isteri saya, tiba-tiba ‘bolehlah usha awek mana-mana kan?’"

"Jadi untuk elak benda tu saya selalu bawa isteri saya. Saya tak suka hilang fokus. Saya lebih nak fokus kepada kerja, selesaikan tugas saya dan lepak dengan isteri. Itu saja."

Sementara itu, pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan berkata, dia tidak mahu berkongsi kasih sayang dengan wanita lain selain daripada isterinya.




"Saya nak dia bahagia cuma dengan saya dan saya cuma nak bahagia hanya dengan dia. Dalam masa sama, saya tak nak kongsi kasih sayang saya dengan orang lain. Kalau saya kongsi dengan orang lain nanti dekat dia tak cukup macam mana?"

"Jadi saya nak bagi sepenuhnya kasih sayang apa yang sepatutnya seorang isteri dapat daripada seorang suami. Saya tak nak kongsi dengan orang lain."

Katanya lagi, andai ditakdirkan jodoh mereka tidak berpanjangan, dia tidak ralat dengan segala perbuatan yang pernah dilakukan buat isterinya.


"Saya nak bagi dekat dia saja sepenuhnya supaya satu hari nanti kalau saya tak ada ataupun saya meninggal, ataupun benda yang kita tak mahu, perpisahan ke, kita tak tahu kan Allah susun perjalanan hidup kita macam mana."

"Andai satu hari saya tidak bersama dengan dia pun sekurang-kurangnya dia ingat suami saya tak pernah buat itu, tak pernah buat ini dan suami saya cukup bagi saya itu ini."

Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 8-5-2024 09:53 PM
Izzue ni, nmpk la syg bini dia. Maybe dulu masa Izzue belum pemes, byk si bini dia ni tolong dia, and Izzue plk jenis yg mengenang budi. Baguslah begitu
Quote SalenaGomez 8-5-2024 10:09 PM
Carcosa replied at 8-5-2024 09:53 PM
Izzue ni, nmpk la syg bini dia. Maybe dulu masa Izzue belum pemes, byk si bini dia ni tolong dia, an ...


Haa nampak lah dia loyal tu. Bagus nya sayang pon xde la nak tunjuk overly do dkt public. Xperlu nak gentel2 lebih2…Cara dia, perkataan dia cukup utk public tahu dia mmg sayang wife nya
Quote BoongaKertas 9-5-2024 07:42 AM
semoga kekal bahagia dan dimurahkan rezeki anak plak utk couple ni. untung bini heols dpt laki cenggini
Quote aleesyasofia 9-5-2024 09:49 AM
semoga dikurniakan rezeki anak tak lama lagi.. yang penting usaha dan ikhtiar.. bykkn doa..
Quote I.K.A888990 9-5-2024 10:42 AM
sweet sgt tgk depa ni
Quote Mamason 9-5-2024 10:58 AM
Bagusnya... Semoga kekal hingga ke jannah. Aminn
Quote eely_shana 9-5-2024 12:50 PM
Semoga kekal ke jannah. Cukup berlapik beliau berkata2. Hanya didoakan semoga berbahagia selama2 nya.
Quote winky1 9-5-2024 04:42 PM
Izzue
Edika

Sapa lagi ....
Quote hokeypokey 9-5-2024 04:52 PM
untung bini Izzue, takde anak pun suami setia..
Quote miss_perfect 9-5-2024 05:00 PM
Suka couple ni macam couple Beto Khusyairi.

Harap Awin tetap cool, humble dan tak gila limelight.
Harap Izzue pun setia dan diorang ni berbahagia selamanya.
Quote supernaturalee 9-5-2024 05:03 PM
yea yeaaa


tertgk skjp last week die hos muzik2
over nye kau
kekonon nk hip kan rancangan tu
mesti hbs show sakit tekak kan

#akuyangjeritkauyangsakit
Quote deebiz14 9-5-2024 05:12 PM
Good for them!
Dedulu terok gak si awin ni kene kutuk dek netijen. Lelama sumer pun diam, helok plak dipuji2. Semoga baik2 untuk kapel ni dan dimurahkan rezeki slalu. Sayang2 bini inshaAllah berkat selalu.


Quote deebiz14 9-5-2024 05:22 PM

Meols tambah .... So far yg steady la
Izzue
Edika
Mark Adams
Beto
Alif Satar

3 orang blum ade rezeki anak lagi


Sape lagi...
Quote LaskarHijayu 9-5-2024 05:27 PM
winky1 replied at 9-5-2024 04:42 PM
Izzue
Edika


Alif satar
Aeril zafril
Aiman hakim
Awalina
Akim ahmad
Quote Skyz9183 9-5-2024 05:31 PM
deebiz14 replied at 9-5-2024 05:22 PM
Meols tambah .... So far yg steady la
Izzue
Edika

Achey..wlpun x brapa gemor sbb dia bingit, tp nmpk la dia hargai wife. tambah lg sjak dia adopt Tiara.
Quote melinda_kerr 9-5-2024 05:51 PM
semoga berbahagia selamanya...
Quote pocongkiutss 9-5-2024 06:04 PM
miss_perfect replied at 9-5-2024 05:00 PM
Suka couple ni macam couple Beto Khusyairi.

Harap Awin tetap cool, humble dan tak gila limelight.

Awin tu mmg cool pun..takde nk jeles2 .. penah jumpa depan2

Tp mcm2 acik porem shallow hal spesis penyembah rupa mengutuk dia..mentang2 dia tak lawa
Quote azimodin 9-5-2024 06:08 PM
Izzue
Mark adam
Beto
Ajak shiro (high-school sweetheart)
Achey

Antara retis yg masih laku & nampak adore wifey walaupon x menayang PDA setiap hari. Izzue pernah cerita dari awal2 nak jadi penyanyi pon wife dia dah ada di sisi. Harapnya kekal setia sampai hujung nyawa.
Quote miss_perfect 9-5-2024 06:16 PM
pocongkiutss replied at 9-5-2024 06:04 PM
Awin tu mmg cool pun..takde nk jeles2 .. penah jumpa depan2

Tp mcm2 acik porem shallow hal spesis ...

Dia tak ada la tak lawa, to me la. Tapi sebab suaminya ada rupa sebab tu kot orang nampak diorang tak sepadan.

Tapi baguslah Awin ni. Dia tahu yang artis suami dia, so dia biar je lakinya yang dapat limelight. Good manager.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.130723 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top