CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusof Haslam Jawab Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin? – ‘Kalau Betul Pun Saya Tak Boleh Komen, Nanti Jadi Lain’

8-5-2024 09:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13743| Komen: 94


Pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan yang mengatakan menantunya iaitu Ira Kazar sudah melahirkan cahaya mata sulung.

Ketika ditemui OhBulan!, Yusof atau nama lengkapnya Mohd Yusof Md. Haslam Khan, 70, berkata dia dan isteri tidak tahu menahu mengenai dakwaan tersebut memandangkan mereka juga sudah lama tidak berhubung dengan anaknya, Syamsul Yusof.

"Saya tidak tahu hal itu, jadi jangan tanya fasal ini (terima cucu baru). Lagi pula, saya dan isteri sudah tidak berhubung dengan Syamsul, sangat lama."

"Jadi saya tidak mahu komen apa-apa, sebab langsung tidak tahu. Kalau saya cakap mengenai perkara yang saya tidak tahu, nanti lain pula jadinya."

"Kalau betul sekali pun (dakwaan), saya tetap tak boleh komen sebab itu di luar pengetahuan saya."

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem berjudul Ngesot yang berlangsung di mmCineplexes, Berjaya Time Square, pada Selasa.


Dalam pada itu, Yusof berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syamsul walau di mana anaknya itu berada.

"Saya pertama kali dengar mengenai dakwaan ini. Saya sebagai bapa kepada Syamsul sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia."

Terdahulu, timbul desas desus dakwaan mengatakan isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sudah melahirkan zuriat.

Bagaimanapun, usia bayi mereka masih tidak diketahui memandangkan tiada sebarang pengesahan dibuat daripada mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut.

Imbas kembali, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Syamsul juga pernah berkahwin dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun bercerai pada 14 Jun 2023..

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-5-2024 09:40 PM
Sian kalau budak tu tak disukai atok dan nenek belah suami.. budak tu tak salah apa pun..
Quote downiey 8-5-2024 09:47 PM
betul ke ni
Quote Manjahati 8-5-2024 09:47 PM
Kenapa wartawan nk kena tanya dato yusuf.. dah tentu2 dorang x berhubung. Tanya ler kat si kaza tu..betul ke anaknya dh beranak..wartawan ni pun satu hal
Quote Carcosa 8-5-2024 09:56 PM
Usahlah ditanya2 Tok Selam ni psl Samsual tuuuu.
Kesian meols tgk muka Tok Selam tau.. Tanyalah si Kahak muka jamban awam tu. Semua anak2 betina dia sampah2 muka. Perangai pun selari.
Quote rosevelvet 8-5-2024 09:57 PM
Pg la tnya kazar tu.
Quote Shayang 8-5-2024 10:01 PM
Mentang2 tok sop jenis tak penah lari wartawan balik2 asik tanya dia je
Pi la tanya tuan badan napa asik tanya org lain bukan bini dia pun

Btw penting sgt ke nak tau bini org tu nandung je idok?
Quote mizzmimi 8-5-2024 10:05 PM
Erm.. kamon la.. kalo menhantu tu bersalin takkk khannn lah takde langsung saksi yang terserempak kat klinik pi check up ke.. contohhh
Quote mizzmimi 8-5-2024 10:09 PM
Tapi.. kalo takde angin takkan pohon bergoyang khuennn.. reporter pi la terjah atok sebelah sana tu.. dah lahir ke degawan or degawati junior?
Quote jalfa 8-5-2024 10:10 PM
Anak tu jauh hati..biasala....air dicencang x kan putus pon...tunggu sampai dia jumpa jalan pulang..mak pak doa je elok elok..
Quote jiwakacau06 8-5-2024 10:11 PM
bkn ini interview lama ke
Quote noor2 8-5-2024 10:11 PM
Berani Tok Usop nk jawab suka...mengamok datin
Quote amyza 8-5-2024 10:11 PM
Kalau betul dah bersalin, dahsyat yek pandai betul sorok. Pegi check up mana lah tu takkan takde nurse² kepochi. Hihi
Quote asfaz 8-5-2024 10:21 PM
Ye ke beranak? Sb aritu IG yg bongkar psal anak kazarrentua ni ada up gbr biirah dgn abang angkat. Elok aje slimnya. Bulan 2 aritu.
Quote delia3003 8-5-2024 10:26 PM
Asyik la Tok Sop yang ditanya, mentang² dia jenis layan je reporter, pegi la interview mentua soley pulak,  kalau soley bolayan, dia pun retis.
Quote LaskarHijayu 8-5-2024 11:03 PM
Bersalin terus ehh korang bagi. Aku asik la pikir pregnant berapa mgu dah dia haha
Quote nolya 9-5-2024 12:02 AM
Pselah wartawan, kalian sudah tau keadaan Datuk YH vs anaknya Syamsul bagaikan duri dlm daging.  Silalah hormati perasaan beliau. Have some respect towards Datuk n Datin, sedangkan beliau tak tau menau ttng kehadiran anak baru Syamsul. Syamsul sendiri tak memberi khabar, masakan Datuk harus percaya khabar drp orang lain. Kenapa wartawan tak tanya sendiri kpd Syamsul?
Quote lolipopmanish 9-5-2024 12:12 AM
Patutnye g tanya kazar tu hmmmmm
Quote Nenolen 9-5-2024 12:20 AM
sedih pulak kaka tgk toksop…kurus sedih muka dia…
Quote doubleA 9-5-2024 12:36 AM
Dah kecut nampak tua dah toksop. Kesian bila cakap dah lama tak jumpa sol. Sol ni betul2 buang makpak dia ke lama sgt dah rajuk pun. Terpaling keras hati sol

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034980 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top