Oleh : Fyruz Hanna Seharusnya setiap wanita inginkan tubuh yang sempurna dan memang ramai yang memilih cara cepat untuk nampak cantik. Salah satunya adalah dengan pembedahan plastik. Bagi mereka yang bercita-cita untuk menjalankan pembedahan plastik atau menambah implan ada baiknya jadikan cerita ini sebagai pengajaran. Kisah yang menimpa Anne Ziegenhorn ini bakal menjadi ingatan buat kamu semua.
Wanita yang berasal daripada Florida ini mengalami masalah kesihatan yang serius sejak tahun 1998. 6 bulan selepas dia menggantikan implan payudara dari silikon kepada implan saline, keadaanya mula berubah. Ada banyak luka yang jelas kelihatan, Anne juga mudah merasa lelah/letih serta kenaikan berat badan yang mendadak. Doktor juga hairan mengenai kondisi Anne yang tidak menunjukkan perubahan. Kemuncaknya adalah apabila, bayi lelaki yang berumur 19 bulan menderita sakit misteri yang kritikal. Bayinya mengalami jangkitan pada buah pinggangnya dan hampir sahaja meragut nyawanya. Hasil daripada mamogram yang dijalankan mendapati jangkitan kuman tersebut adalah dari implan yang pecah yang membiakkan kulat dan bakteria yang menjangkiti seluruh tubuh bayi kecil itu. Jadi, beringatlah untuk melakukan sebarang pembedahan terutamanya pembedahan plastik yang membawa risiko maut yang besar bukan sahaja pada diri anda malah nyawa orang tersayang. -CARI Infonet. Sumber: Vemale |
28
Bagus |
21
Marah |
36
Terkejut |
23
Sedih |
31
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT