Masih lagi menjadi perhatian di media sosial, iaitu perihal rumah tangga anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania yang kini menjadi isteri kedua kepada Aslam. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan meluangkan masa dengan menjawab beberapa soalan daripada warganet tentang suaminya itu. "Saya satu tempat belajar dengan dia, saya ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama dengan dia." Dalam pada itu, terdapat segelintir pengikut Misya yang bertanya berkenaan madunya, Marissa. Misya juga menjelaskan dengan ringkas tentang perhubungan antara mereka. "Cuba tanya Marissa sebab ini Misya." "Tak okay, cuma ada sempadan di sebalik sempadan." Sementara itu, ibu kepada dua orang anak tersebut turut mendedahkan bahawa ramai yang ingin tahu tentang respon ibu bapanya berkenaan kontroversi yang melanda.
"Mak ayah saya adalah orang tua yang tak pandai main media sosial. Jadi mereka tak tahu apa-apa melainkan kita yang beritahu." "Tapi sekarang mereka dah tahu dah." Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap tenang serta kesabaran yang dimiliki Misya dan menganguminya kerana tetap kuat dalam menghadapi ujian rumah tangga. Terdahulu, Marissa didakwa telah berkahwin dengan Aslam di Thailand. Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan. Sumber: TikTok/OhBulan |
b00nzzk replied at 8-5-2024 10:34 PM
Aku makin tak suka c misya ni..boleh nampak dia ni pon toxic sama mcm lakinya play victim manjang.
b00nzzk replied at 8-5-2024 10:34 PM
Aku makin tak suka c misya ni..boleh nampak dia ni pon toxic sama mcm lakinya play victim manjang.
lyshafull replied at 8-5-2024 10:39 PM
Dik ko pun pemes naik mendadak guna nama marissa dik iols pun x minat marissa
Buat2 live kakk dia a ...
ADVERTISEMENT