CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

‘Budak Tu Lahir Dari Hubungan Pura-Pura, Dia Kena Terima Dia Akan Ada 2 Mak & 2 Ayah’ – Suami Isteri Songsang

8-5-2024 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5856| Komen: 16



Baru-baru ini, seorang lelaki bergelar suami membuat pendedahan mengejutkan mengenai ‘sisi gelap’ rumah tangganya dengan mengakui bahawa dia dan isteri sebenarnya menyukai kaum sejenis.

Menerusi luahan yang dikongsikan semula di aplikasi X, lelaki berusia 27 tahun itu mengakui dia dan isteri terpaksa mendirikan rumah tangga selepas didesak oleh keluarga kedua-dua belah pihak.



"Aku tak ada ‘suami’ lain tapi isteri aku ada. Aku mula-mula tahu dia macam tu masa awal kahwin. Tiap kali bila ajak bersama, dia beri banyak alasan. Tapi aku bersyukur sebab tak perlu buat benda tu. Aku pun ajak-ajak ayam je. Tak ada niat nak bersama."


Pada awalnya mereka tidak berdepan dengan sebarang masalah sehinggalah pada suatu hari, ibu bapa mereka mula bertanya tentang zuriat. Akhirnya, dia dan isteri bersetuju untuk menunaikan permintaan keluarga.

"Budak tu lahir daripada hubungan pura-pura. AKu tak tahu macam mana nak hadap bila dia lahir nanti. Isteri aku pula dah nekad lepas beranak, dia nak aku ceraikan sebab dia kata goal dia untuk beri menantu dan cucu untuk mak ayah dia dah selesai."

Ujar individu ini lagi, dia akui sudah penat hidup dalam kepura-puraan selama 5 tahun dan disebabkan itu juga, dia bersetuju dengan cadangan isterinya untuk berpisah.

"Budak yang lahir tu nanti kami janji akan jaga sama-sama. Cumanya dia akan ada dua mak dan dua ayah. Aku juga harap yang budak ni nanti tak perlu lalu apa yang mak ayah dia lalui. Aku dengan isteri tak kisah dia nak jadi apa, janji dia tak perlu hidup dalam kepura-puraan."

"Aku sejujurnya selalu doa agar Allah tarik nyawa ibu bapa aku cepat sebab aku dah tak sanggup menipu. Aku rasa aku anak derhaka sebab fikir benda mcam ni tapi aku dah korbankan diri aku untuk kekal taat kepada mereka."

Dalam kesempatan itu. individu tersebut sempat meminta orang ramai mendoakan agar urusan isterinya untuk melahirkan zuriat mereka dipermudahkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan nasihat dan doa agar pasangan tersebut segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Sumber: X Mein Mokhtar/Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 8-5-2024 11:46 PM
macam mana lah agaknya kalau gay kahwin dengan lesbian
Quote prince_marhaen 9-5-2024 10:05 AM
jejai: macam mana lah agaknya kalau gay kahwin dengan lesbian


..kawan meols ada... dia feeling bini dia (pengkid/tomboy) tu suami... masing2 buat seks pun sebab family nak anak/cucu/waris... tapi masing2 ada partner & tahu rahsia masing2...

Quote Sazreena 9-5-2024 01:21 PM
Patut tarik nyawa ko cepat sebb merosakkan hidup anak tu je. Dah ada anak obviously kena bagi didikan agama..abis dah mak bapak pun kelaut, better jgn ada anak kalau setakat nak puaskan hati org lain.
Quote dua_chzy 9-5-2024 09:55 PM
Dah came out as LGBT, family pula paksa kawin non homo punya pasangan.

Bodo punya family. Bodo bodo bodo. Sambung la korang keturunan LGBT tu. Patutnya stop kat anak korang tu jah.
Quote _kelly 9-5-2024 11:52 PM
pastu panggil anak tu "budak" ..kesiannya
Quote copy_paste 28-5-2024 09:42 AM
dah dpt benda yg nikmat pun masih nk terus menipu diri sendiri semata2 demi nafsu songsang
Quote Tiggybiru 28-5-2024 05:31 PM
Sazreena replied at 9-5-2024 01:21 PM
Patut tarik nyawa ko cepat sebb merosakkan hidup anak tu je. Dah ada anak obviously kena bagi didika ...

Weh betul..apo doakan tarik nyawa mak ayah hang..kurang asamm
Quote Sazreena 28-5-2024 06:57 PM
Tiggybiru replied at 28-5-2024 05:31 PM
Weh betul..apo doakan tarik nyawa mak ayah hang..kurang asamm

Apa yg kurang asamnya...lagi kurang asam ko ada anak tapi tak bagi didikan agama, values yg sepatutnya. Hidup dlm kepuraan-puraan demi menjaga nama, perasaan org lain. Hidup ni kena bertggjwb. Nak songsang, jgn libatkan org yg tak berdosa dari mula.
Quote Tiggybiru 28-5-2024 11:38 PM
Sazreena replied at 28-5-2024 06:57 PM
Apa yg kurang asamnya...lagi kurang asam ko ada anak tapi tak bagi didikan agama, values yg sepatu ...

Kurang asam sbb dia doakan makayah dia mati cepat…
Quote Sazreena 29-5-2024 12:07 AM
Tiggybiru replied at 28-5-2024 11:38 PM
Kurang asam sbb dia doakan makayah dia mati cepat…

Mintak mahap..iols tersalah baca..tu la mangkuk hayun tu..dah salah lagi nak salahkan parents. Kalau mak dia tau la anak dia doakan centu, sesilap mak dia gunakan kuasa doa tanpa hijab utk doakan anak dia.
Quote otai_g 3-6-2024 03:54 AM
copy_paste replied at 28-5-2024 09:42 AM
dah dpt benda yg nikmat pun masih nk terus menipu diri sendiri semata2 demi nafsu songsang

Maybe nikmat pd ko tp x nikmat pd dia. Kenikmatan setiap org berbeza. Ada org drive H br nikmat Dan ada org drive viva pun da nikmat.
Quote Zack8hunter 3-6-2024 02:21 PM
kesiannya anak tu nanti.. makin giler la dunia ni
Quote notfound 20-6-2024 07:16 PM
Macam2
Quote Ytee 2-7-2024 04:20 PM
Sazreena replied at 9-5-2024 01:21 PM
Patut tarik nyawa ko cepat sebb merosakkan hidup anak tu je. Dah ada anak obviously kena bagi didika ...

betul tu
Quote hyie 3-7-2024 04:40 PM
prince_marhaen replied at 9-5-2024 10:05 AM
..kawan meols ada... dia feeling bini dia (pengkid/tomboy) tu suami... masing2 buat seks pun sebab ...

yang ni maksudnya nonok kawen dengan pengkid ke sister?
Quote prince_marhaen 3-7-2024 04:51 PM
hyie replied at 3-7-2024 04:40 PM
yang ni maksudnya nonok kawen dengan pengkid ke sister?

Ye, kawan meols nonok, kelempok, lelaki lembut, ponen, bottom, suka bersiap & mekap...hahahaha.. kahwin ngan pengkid, lesbo, tomboy, yang memang dressed up lelaki punya. Circle2 kawan-kawan jugak. So masa kenduri tu sekali je la weols nampak she pakai baju pompuan. Hahaha.
Kawin sebab pengkid ni suka laki manja tu..pastu family suh kawin sebab lepak sama2 tiap2 malam sampai pagi geng nonok2 ni.
Tapi tak sure la skrg diorg masih ada 'partner' lagi ke tidak sebab dah macam belangkas dah, maybe dah main la tu kot. Harap-harap kekal lah jadi suami-isteri yang normal. She pun macam dah start nak pakai tudung/cover rambut/pakai hoodie... ponen tu pun dah takde mekap2 lagi dah.. cuma perwatakan masing2 kalau lepak still kelempok & kasar lah.. tapi kelakar la kalau lepak, si ponen ajak si pengkid tengok jantan, yang si pengkid ajak ponen tengok tek pompuan...bodo laaaa

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.377498 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top