Tular sebelum ini di media sosial mengenai komen yang diberikan pengendali akaun rasmi restoran DarSa Fried Chicken (DFC) terhadap pelanggannya di Facebook. Difahamkan, pengendali akaun DFC itu menggunakan komen berbaur perkauman iaitu ‘Type C’ yang merujuk kepada bangsa Cina. Seorang pengguna Facebook tampil menyatakan pendapatnya mengenai harga makanan yang dijual DFC agak mahal, malah lebih mahal daripada restoran makanan segera terkenal yang lain. Pengendali akaun DFC kemudiannya membalas: "Tuan tengok list harga ala carte semata mata atau keseluruhan? Kena tengok keseluruhan baru tahu mahal ke berpatatutan." "Type C tengah cuba main bermacam sentimen buruk terhadap DarSA Fried Chicken. Kita jangan mudah terpedaya selagi tak datang cuba sendiri." Komen tersebut kemudiannya menjadi tular dan ramai netizen menganggap pihak DFC sebagai tidak profesional dan mengeluarkan komen berbaur rasis. Loading FB Post... Susulan daripada kecaman yang diterima mereka, pihak restoran DFC tampil membuat kenyataan permohonan maaf secara rasmi. SUMBER : Facebook/Beautifulnara |
Decaffeinated replied at 7-5-2024 04:46 PM
Kenapa nak buka lagi benang yang dah berjela2 orang komen. Ko memang gila glamer ha setan? Ber ...
ADVERTISEMENT