KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan empat kawasan di Kelantan hari ini merekodkan status cuaca panas tahap dua atau gelombang haba. Agensi itu dalam kenyataan hari ini, berkata kawasan yang terjejas itu adalah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang Katanya, cuaca panas tahap dua dikeluarkan bagi suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 selsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Selain itu, rekod bacaan yang dikemas kini setakat jam 4.30 petang hari ini turut menunjukkan 11 kawasan di Semenanjung mencatatkan status cuaca panas tahap satu. "Ia termasuk Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak; Jeli, Pasir Puteh dan Kota Bharu di Kelantan; Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Setiu) dan Raub, Rompin dan Temerloh di Pahang. "Di Sabah pula, hanya Kota Marudu merekodkan status cuaca panas tahap satu.
"Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 selsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut," menurut kenyataan itu. Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ Sumber : Berita Harian |
ADVERTISEMENT