CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Yelah saya bawa Grab je' - Aslam

8-5-2024 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17452| Komen: 131




Menantu pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Ahmad Aslam atau dikenali Aslam kembali mendapat perhatian selepas membuat pendedahan di TikTok yang dirinya mencari rezeki sebagai pemandu sebuah syarikat e-hailing.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aslam memuat naik gambarnya memakai baju dengan memegang topi keledar syarikat e-hailing berkenaan.


"Ye (ya) lah saya bawa Grab je (saja)," tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Aslam memberi reaksi itu sebagai maklum balas terhadap kenyataan Abby mengenai kerjayanya ketika ditemu bual dalam satu portal berita, baru-baru ini. 

Sementara itu dalam hantaran berasingan, Aslam memuat naik video memberi salam dan meminta orang ramai untuk mengikutinya di TikTok.


 "Hai, assalamualaikum, saya Aslam, follow (ikut) akaun TikTok baharu saya," katanya dalam video berkenaan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dengan segelintir netizen mempersoalkan adakah akaun itu sah milik Aslam atau palsu.

Manakala, ada juga yang berseloroh dengan mengatakan Aslam perlu bekerja kuat kerana mempunyai dua isteri.

"Kerja keras abang, bini dah dua tu," tulis pengguna TikTok dikenali Deana.

"Takpe (tak apa) kerja Grab, janji boleh kahwin dua. Semoga dipermudahkan urusan mencari rezeki," tulis seorang lagi pengguna TikTok dikenali Aria Scarlett.

Semakan Harian Metro mendapati akaun TikTok itu milik Aslam berdasarkan siaran langsung dibuatnya untuk berinteraksi dengan pengikut malam ini.

Terdahulu, nama Aslam hangat diperkatakan hingga mendapat kecaman ramai selepas berkahwin dengan anak Abby dan Norman Hakim, Marrisa Dania, 18, di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Aslam dikatakan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertamanya, Umisya Mazlan.

Lebih dramatik, pernikahan terbabit berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa Dania.

Bagaimanapun, kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya dalam satu pertemuan pada pertengahan April iaitu awal Aidilfitri lalu.

Menerusi satu video di laman sosial, Marissa Dania disambut ibu tirinya, Memey Suhaiza dan abangnya, Danish Hakim yang membawa Aslam bertemu dan bersalaman dengan Abby.

Abby dilihat memeluk erat Marissa sebelum dia bersalaman dengan Aslam.

Meskipun berdepan ujian hebat, rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya Umisya masih bertahan kerana mereka masih sah sebagai suami isteri.

Hubungan mereka juga dilihat dalam fasa baik berdasarkan video dimuat naik Umisya di Instagram (IG), satunya ketika Aslam menghantarnya ke lapangan terbang untuk berangkat menunaikan umrah di Tanah Suci.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 8-5-2024 12:26 AM
Kena kayuh pagi petang siang malam la nak bagi makan dua bini..anak lagi..gud luck
Quote pocongkiutss 8-5-2024 12:29 AM
Dalam pd anak dah ada 2 tu smpt lg ko cek in dgn ex gf khen dulu
Quote eyansss 8-5-2024 12:29 AM
Difahamkan, Aslam memberi reaksi itu sebagai maklum balas terhadap kenyataan Abby mengenai kerjayanya ketika ditemu bual dalam satu portal berita, baru-baru ini.


ko nak provoke mak bini benak ko ke apa ni?
Quote sharlenetexas 8-5-2024 12:33 AM
Tambahlah lagi dua.


Quote sharlenetexas 8-5-2024 12:41 AM
Taktik carimal.

8-5-2024 08:06 AM


Quote katakauu 8-5-2024 12:43 AM
content ke ni
kau belajau dr keluarga mertua kau ke

semua kaki content
semua nk merekod
Quote ctnorpropa 8-5-2024 12:48 AM
Hello cukup2 la ea. Dah la bodgos ni penuh dgn thread syu tu. Lepastu Aslam pulak. Dorang ni bukan artis kot !!!!
Quote _kelly 8-5-2024 12:49 AM
nanti buat tiktok live follower kasi hadiah, dapat extra income ye dik
Quote doubleA 8-5-2024 12:53 AM
Ke arah nak guna populariti utk jana kewangan. Sambil perli mak mentua yebi, ko dah kenapa selam? Desperate? Tu la berguru dengan mamattesla lagi, belum apa dah goyang
Quote tulip-rain 8-5-2024 01:13 AM
Sudah2 lah thread diorang ni, bukan retis pun. Makin banyak pulak thread jantan ni dgn bini2 nya kat sini.
Mmg gila glamour tiga2 ni.
Guna hal peribadi nak dpt duit.
Quote hokeypokey 8-5-2024 02:23 AM
untung la bawak grab pun 2 bini, sorang cun, sorang lawa, bini2 pun byk dpt job modelling sana sini sinun, untung sungguh la aslam grab ni..
Quote CikYaYaYa 8-5-2024 02:36 AM
mula2 kena kecam nanti nurtijen puji laaa. Pastu boleh jadi influenza. pastu buat paid review. pastu show off duit kepok2, rumah kete besaq. sekian begitu laa cycle benda bodoh kat malaysia nie
Quote missbigrockstar 8-5-2024 03:50 AM
Err,... Perlu ke?
Quote Pak.dolla 8-5-2024 05:03 AM
Edited by Pak.dolla at 7-5-2024 09:36 PM

.
.
.
aku tgk live dia semlm...13K lebih views cuolls..
canti rumah dia nmpk mewah...
dia kata dia dia pernah bwk grab selama 6 bulan jer....skrg dia dh x bwk dah...

dia kata dia nk buat biz...bila org tanpa psl.cap dia....dia nk jual cap....
bila org tanya t-shirt dia....dia nk jual t-shirt pulak...

aku x tgk habis sbb byak komen tulis nak misya....misya...

Quote bambimo 8-5-2024 05:28 AM
Xpe la selam..ko bwk grab pun bini ko punya bangga dpt ko cm winning in life dah...cm dpt kawen cm anak raja wooo
Quote Kancilkering 8-5-2024 05:45 AM
aslam grab vs ct be saba be food panda …..sapa lagi forfular
Quote DeLuna85 8-5-2024 06:44 AM
Nak buat thread pasal mak mertua dia boleh sebab dia ni dan kedua2 bininya bukan retis. Mcmnilah aku tambahkan cercaan. Kau nak kawin dua tapi kau tak nilai kemampuan ekonomi kau. Kau igt kau buat statement yelah bawak grab je kau igt siapa je yg nak simpati? Pastinya org yg selevel kau la.
Quote zuriey 8-5-2024 07:00 AM
Babi nyeh acik porem
Syusyu hina apis mental kerja bawa grab habis acik porem maki kan syu
Tapi si selam ni bawa grab boleh pula acik porem hina
Quote inusya 8-5-2024 07:03 AM
Base on live dia tu rasanya dia dah lama x bawak grab. Semalam dia ckp tahun 2021 yg dia bwk grab, tu pun 6 bln je..so skrg ni x tahu keja apa plk..

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044659 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top