Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta memberi pesanan kepada kaum wanita untuk mempunyai sifat malu dalam diri. Menerusi siaran langsung di TikTok, Che Ta diajukan soalan sama ada dia pernah didekati lelaki-lelaki gatal semasa di set penggambaran. Menurut Che Ta, dia masih diganggu meskipun sudah berumah tangga. "Tak payah kata belum kahwin, lepas kahwin pun ada yang menggatal. You ingat I tak laku lagi ke? (gelak Che Ta)." "Dia macam ni, orang perempuan dia kena ada sifat malu. Kalau dia ada sifat malu dia tak akan menggatal nak seronok-seronok, nak berborak dengan lelaki."
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini mengingatkan para isteri untuk tahu batas pergaulan dan tidak mudah tergoda dengan ketampanan lelaki di luar sana. "Kalau macam I seorang isteri, kita ada batas dan kalau keluar rumah kena bawa gelaran isteri itu. Jangan hilang ingatan eh?" "Suami kami dah habis elok dah. Kalau lelaki handsome kita belum kenal dia. Kita tak tahu macam mana kehidupan kita dengan dia. Kita kalau tengok benda haram ni memang elok." Sumber: TikTok/OhBulan |
Yaya04 replied at 7-5-2024 02:46 PM
che ta ni tetiba ehh tahun ni bkn main berkunjung rumah umie aida. Nak jd bff umie aida pulak ke
zuriey replied at 8-5-2024 07:03 AM
Muka je npk elok tapi asam bawah dah kecut kering kontang bt apa nek ta oiii
Ko tu dah manopause
nw111 replied at 8-5-2024 08:56 PM
Ramai je yg i kenal umur 50 lebih belum menopause..and ada kwn yg dh menopause dr umur 40 lebih st ...
ADVERTISEMENT