CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Love You Ney & Thank You Mommy” – Nedim Dan Nora Danish Keluar Bersama, Peminat Syukur Dah Berbaik

7-5-2024 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28319| Komen: 48


Hantaran Instagram suami kepada aktres Nora Danish, Nedim Nazri mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada berkongsi momen bersama anak lelaki mereka bersama isterinya di sebuah restoran.

Jelas Nedim, dia menunda perjalanan kerjanya ke Perak kerana Mohamed Neqayl tiba-tiba jatuh sakit pada hari yang sama.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada isteri, Nora Danish kerana meluangkan masa bersama-samanya bersama anak.


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terutamanya peminat berasa senang hati melihatkan perkembangan rumah tangga kedua-dua pasangan selebriti itu.

Ramai yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina Nedim bersama Nora kembali harmoni seperti dulu.

Sebelum ini, pelakon sitkom drama komedi Puteri itu memaklumkan bahawa dia kini tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya, Nedim.

Katanya, terdapat pergolakan dalam rumah tangga mereka dan perceraian adalah jalan terakhir yang mungkin diambil kedua-duanya.

Namun begitu, Nedim tampil memberi penjelasan bahawa dia dan Nora Danish hanya ‘gaduh manja’ dan tidak memikirkan jalan perceraian dalam situasi itu.

Kedua-duanya bernikah pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 6 tahun.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 6-5-2024 11:47 PM
Ada duit abam sayang.


Quote Raman 6-5-2024 11:55 PM
No comment.
Quote cempakaa 7-5-2024 12:01 AM
May everything goes well
Quote rayna_raynes 7-5-2024 02:29 AM
Neney ni nasib baik muka Nora. Kalau muka nedim terus cam pak sedara dia haha
Quote Pak.dolla 7-5-2024 04:53 AM
.
.
.
kwn aku pernah berjumpa nerd ms dia kat kem pelancongan...kwn aku kata baik dan hormat org...

abg aku pun kata dia baik...ms sessi fotografi, anak dia yg mana ntah...nerd siapkan mcm2 makanan utu photographer tu...duk sibuk suruh mkn...siap tanya kenyang tak...mkn lah...polite la sgt kata abg aku...
Quote theotherfriend 7-5-2024 05:50 AM
Iols doakan pasangan ni berbaik2 semula. Nak berceraj berai hanya sebab misunderstanding, kesianlah kat diri sendiri. Lainlah memang kes jenayah, mendadih, curang tu... Semoga berbahagia bersama
Quote Kacangmanis 7-5-2024 06:47 AM
Edited by Kacangmanis at 7-5-2024 06:48 AM

Tak faham nape dulu ada forumer ckp neyney ni tak comel. Comel gilak ye. Manis mukanya, iras nora byk, terutama tang bibir tu.
Quote Rachel_Green 7-5-2024 07:08 AM
alhamdulillah, semoga kekal bahagia hingga ke jannah.aaminn
Quote Shayang 7-5-2024 07:30 AM
Edited by Shayang at 7-5-2024 07:37 AM
Kacangmanis replied at 7-5-2024 06:47 AM
Tak faham nape dulu ada forumer ckp neyney ni tak comel. Comel gilak ye. Manis mukanya, iras nora by ...


Biasalah kalau dah tak suka semua nampak buruk kalau dah suka yg tak comel dipuji comel
Btw ko sebut ni aku baru ingat dasat  gak kutukan yg neyney ni kena bkn kat porem je tp kat ig mak dia pun
Tp bezanya nd bukan binik topi nasi so dia takda nk merentan sampai suh org melutut walaupun aku ada baca dia rasa sedih anak dia dihina mcm2.

Maaf ckp aku tak berapa gemar org suka gelarkan org dgn panggilan face shaming hanya sbb tak suka dia.
Lelagi budak kecik yg aku pun xtau apa salah budak tu.

Quote jlo 7-5-2024 07:51 AM
Alhamdulillah..moga baik2 ajaaa
Quote Paiya 7-5-2024 07:58 AM

iya ka?

patutlah ND jatoh chenta kat dia


Quote Sweet_PC 7-5-2024 08:26 AM
ni contoh laki sayang  bini lebih, pompuan biasala emosi mcm2
Quote NazRysha 7-5-2024 09:08 AM
Alhamdulillah
Quote Purplehaz 7-5-2024 09:26 AM
Wow gaduh manja 3 bln duduk asing.
Aku ni gaduh manja paling lama 1/2 hari jer..
hahahaa
Quote kucingitam 7-5-2024 09:26 AM
aku suka couple ni...neney pun comel je..
Quote telracs 7-5-2024 09:54 AM
Pak.dolla replied at 6-5-2024 08:53 PM
.
.
.

Pak dolla...

Sebenarnya, memang betul pun...

Pernah nak citer juga pasal Nerd ni baik, tapi netz terutama acik porem ramai tak suka Nerd, jadi masa tu malas nak puji² Nerd... heheheheh...

Adik & adik ipar saya ada pengalaman... cuma dah tak ingat kat bangunan mana...
diorang keluar lift kelibut sebab dah lewat, jalan lelaju tiber adik jatuh, fail kat tangan terabur...
Nerd & 2 orang (bodyguard kot), ada situ nak masuk lift rasanya, dia berhenti sama² tolong kutipkan dokumen... siap tanya adik, ada cedera ke tak...
Actually, adik tak kenal pun nerd, masa ucap terima kasih tu, adik ipar yang tanya, awak Nedim, ya?
Siap bergambar pulak, dah macam retis...
Quote KamikuP 7-5-2024 09:56 AM
Ok bole le boss ned masuk campur settleken kontraktor yg tak setelkan reno rumah nd.. ekeke
Quote pittjie 7-5-2024 09:59 AM
semoga nerd & nora berbaik2 semula and hidup together happily ever after. aku ni walau nyampah la dulu dgn nerd & terutamanya bapak dia tu .. tapi ada soft spot sikit la bila dia couple dgn nora. macam they were meant together gitu.
Quote ketambangkang 7-5-2024 10:11 AM
ramai je netizen mengutuk si neney ni dlu..nasib takde yg kena melutut wlupun bossned tu lagi samseng dr si bang bangggg

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.102207 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top