MANILA – Presiden Ferdinand Marcos Junior berkata bahawa Filipina tidak akan membalas tembakan meriam air China terhadap kapal-kapalnya dan menolak penggunaan peralatan ‘serangan’ ketika Manila berusaha mengekalkan kedaulatan di Laut China Selatan.
China mengerahkan beratus-ratus kapal pengawal pantai dan kapal lain dalam meningkatkan tuntutan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan walaupun tribunal antarabangsa menolak hak Beijing berbuat demikian. Dalam konfrontasi pada 30 April lalu, Filipina menyatakan, kapal Pengawal Pantai China merosakkan sebuah kapal Pengawal Pantai Filipina dan sebuah lagi kapal kerajaan menggunakan tembakan meriam air bertekanan tinggi. Kejadian berlaku ketika kapal-kapal berkenaan membawa bahan api, makanan dan air kepada nelayan-nelayan Filipina di Terumbu Scarborough. “Kami tidak akan mengikuti jejak Pengawal Pantai China ke arah itu,” kata Marcos Junior hari ini apabila ditanya sama ada Manila akan menggunakan meriam air di atas kapal pengawal pantainya sebagai tindak balas. “Bukan misi tentera laut dan pengawal pantai kami untuk meningkatkan ketegangan. Kami (Filipina) tiada niat menyerang sesiapa dengan menggunakan meriam air atau peralatan serangan lain,” tambahnya. Marcos Junior sebaliknya memberitahu bahawa Filipina akan terus bertindak balas ke atas insiden di Laut China Selatan menerusi saluran diplomatik. – AFP
|
B40tastePosh replied at 7-5-2024 12:14 AM
Tembak jelah kapal kapal China tu.
zorrro_03 replied at 7-5-2024 08:32 AM
bila agaknya negara besar jahat mcm caina amurika ni nak kena bala besar2an.
sayurmayur88 replied at 7-5-2024 09:31 AM
kena buli oleh china.. US jer kot boleh lawan China klu war tapi deolls pon tak nak perang, lagi byk ...
B40tastePosh replied at 7-5-2024 09:40 AM
China belum level US.
GDP per Capita China lebih kurang Malaysia je
zorrro_03 replied at 7-5-2024 02:00 PM
negara acah abambesar ni semua patut dihukum.
zorrro_03 replied at 7-5-2024 02:00 PM
negara acah abambesar ni semua patut dihukum.
B40tastePosh replied at 7-5-2024 02:21 PM
Malaysia kalau jadi proksi dan berpaksi kan USA dah lama Malaysia jadi negara maju seperti Singapo ...
zorrro_03 replied at 7-5-2024 03:41 PM
barua yahudi mcm kau je lah yang betul
B40tastePosh replied at 7-5-2024 12:14 AM
Tembak jelah kapal kapal China tu.
nusaraya replied at 7-5-2024 06:17 PM
Yup ... Itulah yang harus dilakukan oleh Philipina ... Apalagi jika ketahuan mencuri ... tetap ha ...
ADVERTISEMENT