PETALING JAYA – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menjadi calon pilihan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk mengetuai badan induk itu. Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan hanya Tunku Mahkota Ismail yang memiliki kemampuan dan segala ciri-ciri diperlukan untuk memimpin FAM. “Saya sedia dan terbuka jika ada sesiapa yang mahu bertanding merebut jawatan presiden tetapi kita tidak boleh lari daripada statut ataupun perlembagaan FAM. Jika tanya calon, saya hanya nampak Tunku Mahkota Ismail. “Semua ini hanya ada pada Tunku Mahkota Ismail. Jika orang mahu saya teruskan, sudah pasti saya akan teruskan tetapi kalau Tunku Mahkota Ismail mahu pimpin FAM, saya rela untuk berundur,” katanya pada sesi temubual bersama pengamal media, hari ini. Untuk rekod, Hamidin sebelum ini mengambil alih kepimpinan FAM daripada Tunku Mahkota Ismail dalam Kongres Ke-54 ketika pemilihan penggal 2018-2021 FAM pada 14 Julai 2018 dan mengekalkan jawatan itu tanpa dicabar bagi penggal 2021-2025 pada tanggal 13 Mac 2021.
Dalam masa sama, Hamidin juga menjelaskan ketika ini beliau masih lagi ada misi yang perlu dilunaskan. Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar merasakan sudah tiba masanya FAM menukar pucuk pimpinan dan memilih ahli korporat sebagai calon paling sesuai. Sumber – KOSMO! ONLINE |
naina: Bola sepak dah tak seronok bil ...
nikaido replied at 8-5-2024 01:34 PM
Zaman mail pegang sblm ni, satu game pun xmenang, seri pun susah. Ranking jatuh sampai 178 (negara b ...
naina replied at 7-5-2024 09:11 AM
Bola sepak dah tak seronok bila kayangan kuning pegang. Of course la semua kuasa dia ada. Dia tarik ...
Decaffeinated replied at 8-5-2024 11:37 AM
Betul la tu. So far sorang tu ja nampaknya yang cukup syarat dan ada hasil yang boleh dilihat.
tripleid replied at 8-5-2024 03:33 PM
Aik bukan dah penah jadi presidin ke dulu tapi melingkop jugak??
ADVERTISEMENT